Liverpool Pilihan Alan Shearer Tetapi SATU Perkara Yang Merisaukannya Mengenai Skuad Jurgen Klopp!




Alan Shearer berpendapat bahawa perlawanan akhir Liga Juara-Juara akan menjadi satu perlawanan yang sengit pada malam Sabtu, tetapi Liverpool sepatutnya mampu untuk 'mengalahkan' Tottenham di Madrid. 
The Reds adalah pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan itu selepas menduduki tempat kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris dan mengalahkan Spurs sebanyak dua kali musim ini. 
Tottenham mempunyai rekod yang dahsyat menentang Liverpool dalam beberapa tahun kebelakangan ini, memenangi satu daripada 14 perlawanan terakhir mereka menentang pasukan dari Anfield itu.
Legenda Newcastle dan England itu percaya bahawa perlawanan akhir nanti akan bergantung kepada prestasi pasukan, walaupun dia percaya bahawa pasukan Jurgen Klopp mungkin mengalami kesukaran untuk mendapatkan semula rentak terbaik mereka setelah kekecewaan dalam perlumbaan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris.
"Melihat kepada prestasi, pasukannya mampu untuk mengalahkan Spurs," Shearer memberitahu The Sun. "Mereka melakukan dua kali dalam saingan Liga musim ini. Dan tidak terlalu banyak pemain Spurs yang mampu masuk ke dalam skuad Liverpool sekarang.
"Sudah tentu, dari aspek pertahanan, saya akan menukar hanya satu - Toby Alderweireld atau Jan Vertonghen untuk digandingkan bersama Virgil van Dijk. 
"Saya masih memilih Liverpool untuk mengalahkan mereka(Spurs) tetapi anda perlu tertanya-tanya jika mereka akan kehilangan sedikit momentum kerana tidak bermain selama tiga minggu. 
"Ya, Spurs telah mempunyai waktu rehat yang sama. Tetapi Liverpool menamatkan musim dengan begitu kuat, memenangi kesemua sembilan perlawanan terakhir mereka untuk menolak City sehingga ke perlawanan terakhir."
Satu lagi masalah yang Shearer risaukan untuk pasukan Merseyside itu ialah hakikat bahawa Klopp mempunyai rekod yang sangat buruk dalam perlawanan akhir. 
Pengurus Jerman itu telah berada di tujuh perlawanan akhir sebagai pengurus dan telah tewas enam daripadanya, satu-satunya kemenangan yang muncul dalam perlawanan akhir Piala Jerman pada tahun 2012. 
Sementara pemainnya mungkin tidak memikirkan tentang rekod itu, Shearer percaya ia akan bermain di fikiran pengurus tersebut. 
"Klopp memerlukan trofi untuk memperlihatkan semua kerja cemerlang yang telah dilakukannya di Anfield," tambah bekas penyerang itu. 
"Tetapi dia telah tewas dalam enam perlawanan akhir - tiga dengan Liverpool dan tiga dengan Borussia Dortmund. 
"Jika ia hanya satu atau dua, maka ia tidak akan memberi sebarang perbezaan, tetapi enam ... Klopp akan memikirkannya dalam perjalanan ke Madrid."
Perlawanan akhir Liga Juara-juara akan berlangsung pada hari Sabtu 1 Jun (2 Jun waktu Malaysia) di Stadium Wanda Metropolitano di Madrid.