Liverpool Pertimbang Untuk Menggantikan Xherdan Shaqiri Dengan Bintang Villareal, Samuel Chukwueze!




Liverpool boleh melepaskan Xherdan Shaqiri musim panas ini dan melihat bintang Villarreal, Samuel Chukwueze sebagai pengganti yang berpotensi, setelah menikmati musim yang cemerlang. 
The Reds tidak dijangka sibuk dalam pasaran perpindahan kali ini, setelah menghabiskan dana yang besar pada jendela perpindahan sebelumnya, dan hanya akan membuat urus niaga yang berprofil tinggi untuk para pemain yang dilihat mampu menaik taraf pada kesebelasan utama mereka sekarang - yang mana ia tidak mudah untuk dilakukan. 
Walau bagaimanapun, mereka berminat untuk memperbaiki pilihan yang ada kepada Jurgen Klopp dalam senarai skuadnya dan, menurut Goal.com, perkara itu mungkin akan melihat Shaqiri akan dikeluarkan.
Walaupun memberi impak dalam kemenangan dramatik ke atas Barcelona, dan melakukan assist untuk gol lewat menentang Newcastle, terdapat perasaan bahawa bintang Switzerland itu 'tidak menepati' dengan apa yang dikehendaki Klopp dari pemainnya secara taktikal. 
Walaupun Liverpool tidak aktif untuk mencari pembeli, tetapi tawaran yang baik cukup untuk meyakinkan mereka untuk melepaskan Shaqiri pergi.
Pemain berusia 27 tahun itu hanya menjaringkan enam gol dan melakukan lima assist dalam 30 penampilan untuk semua pertandingan, dan Liverpool mahukan seseorang pemain yang dapat memberikan lebih banyak tekanan kepada trio hadapan yang mereka ada sekarang. 
Oleh itu, pemain muda yang laju dari Villarreal. Chukwueze telah muncul sebagai pilihan yang menarik dan, pada usia 20 tahun, dia berpotensi untuk berkembang lebih jauh.
Pemain antarabangsa Nigeria baru-baru ini menikmati kempen pertamanya di La Liga, menjaringkan lima gol dalam 19 permulaan, sementara dia juga memberikan impak dalam saingan Liga Europa. 
Fleksibiliti beliau juga akan mampu menggoda Liverpool, memandangkan dia telah bermain di semua posisi barisan serangan musim ini dan juga sebagai pemain tengah menyerang, walaupun Villarreal akan melakukan apa yang mereka mampu untuk mengekalkannya bersama kelab untuk sekurang-kurangnya satu musim lagi.