Christian Pulisic Jelaskan Apa Dia Beritahu Pierre-Emerick Aubameyang Mengenai Perlawanan Akhir Liga Europa!




Pemain sayap Chelsea, Christian Pulisic telah memberitahu penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang bahawa dia tidak dibenarkan untuk menang ketika kedua-dua kelab itu bertemu di perlawanan akhir Liga Europa pada Rabu depan. 
Kedua pemain itu menjadi rakan sepasukan ketika di Borussia Dortmund tetapi mereka akan menjadi musuh pada musim depan selepas Pulisic melengkapkan perpindahannya bernilai £ 58 juta untuk menyertai Chelsea pada Januari yang lalu. 
Pulisic, 20 tahun, akan menjadi penonton setia apabila pasukan barunya menentang Arsenal di Baku, dengan Chelsea berhasrat ingin menambah trofi musim ini selepas berakhir di kedudukan ketiga liga. 
Penjaring gol terbanyak Arsenal pada musim ini, Aubameyang mungkin menjadi ancaman terbesar kepada pertahanan Chelsea pada malam itu dan Pulisic mengatakan bahawa dia dibenarkan untuk menjaringkan gol selagi mana Arsenal kalah.
"Kami telah berbahas mengenai perkara itu. Saya telah memberitahu dia bahawa 'anda boleh menjaringkan gol dalam perlawanan akhir Liga Europa, tetapi anda tidak boleh menang. Itu sahaja!" Katanya kepada Evening Standard. 
Walaupun Pulisic dijangka merupakan pembelian untuk masa depan, dia boleh secara langsung memainkan peranan penting di Stamford Bridge sebaik sahaja Eden Hazard berpindah ke Real Madrid. 
Pemain antarabangsa Amerika Syarikat yakin bahawa dia boleh menyesuaikan diri dengan bola sepak Inggeris dengan baik, dan mengakui dia akan bersandar pada Aubameyang untuk mendapatkan nasihat. 
Dia berkata: "Saya tahu bahawa dia akan berjaya di negara ini. Dia melakukannya di Bundesliga. Dia hanya seorang pemain yang akan sentiasa menjaringkan gol. Dia akan bekerja keras dan mencari tempat yang betul. Dia adalah penyerang yang hebat. 
"Adakah dengan melihat betapa baik dia telah lakukannya dalam Liga Perdana memberikan saya keyakinan bahawa saya juga dapat melakukan perkara yang sama? Ya, tepat sekali.
"Ia akan menjadi hebat untuk saya kerana saya akan sentiasa mempunyai seorang pemain seperti dia untuk mendapatkan nasihat dan untuk belajar. 
"Sangat baik untuk tetap mempunyai hubungan itu walaupun kami tidak akan berkawan ketika kita menentang antara satu sama lain."
Pulisic terpaksa banyak menghabiskan masa di bangku simpanan bersama Dortmund musim ini setelah kemunculan Jadon Sancho yang luar biasa, walaupun begitu dia masih berjaya menjaringkan empat gol dan melakukan empat assist dalam 20 perlawanan Bundesliga dengan kelab itu menamatkan musim di tempat kedua di belakang Bayern Munich.