Jurgen Klopp Menjelaskan Bagaimana Liverpool Berdepan Situasi Sama Di Kiev Jika Berulang Kembali Di Madrid!




Jurgen Klopp percaya Liverpool boleh menghadapi situasi kecederaan kepada salah seorang pemain bintang mereka ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara menentang Tottenham di Madrid. 
Penglibatan Mohamed Salah menentang Real Madrid telah disingkatkan pada tahun lalu selepas dia mengalami kecederaan bahu akibat kekasaran oleh Sergio Ramos yang membuat harapan Liverpool untuk memenangi Liga Juara-juara untuk kali keenam musnah.
Selain dari Naby Keita, Klopp yakin dia akan mempunyai skuad terbaiknya untuk ke Madrid minggu ini untuk memperbetulkan kekecewaan mereka pada tahun lalu, kelebihan yang jarang diperolehinya pada minggu-minggu terakhir musim ini.
Roberto Firmino bermain hanya 11 minit dalam kemenangan separuh akhir menentang Barcelona, ​​sementara Salah terlepas aksi pada babak kedua dalam kebangkitan dramatik The Reds di Anfield selepas mengalami kecederaan kepala dalam kemenangan ke atas Newcastle pada hujung minggu sebelumnya.
Ditanya sama ada Liverpool dapat mengatasi masalah yang sama mereka lalui di Kiev menentang Real Madrid, Klopp berkata: "Musim ini telah menjadi persiapan buat kami [untuk pemain yang alami kecederaan dalam perlawanan akhir]. 
"Mo dan Bobby telah terlepas beberapa perlawanan. Masalahnya pada tahun lepas bukan hanya kami kehilangan Mo, tetapi Adam Lallana yang dimasukkan selepas disahkan boleh bermain pada minit-minit terakhir dan Ox yang juga cedera. Yang membuatkan bangku simpanan kami tidak cukup baik. 
"Untuk pasukan ini, ini adalah perlawanan akhir pertama buat kami. Ditambah dengan adanya pemain yang berpengalaman [berada di sana sebelum ini]. 
"Ali dan Fabinho terlepas dalam aksi separuh akhir. Ia adalah pasukan terbaik yang pernah saya ada untuk ke perlawanan akhir tetapi Tottenham boleh mengatakan sesuatu yang serupa.
"Menentang Sevilla [pada perlawanan akhir Liga Europa 2016] tangki seakan kosong pada babak kedua dan tahun lalu juga sedikit serta kami kehilangan Mo. 
"Tahun lepas, gol pertama yang pelik, kemudian gol 'bicycle kick'. Gol-gol tersebut tidak menunjukkan prestasi kami. 
"Perbezaan antara kami dan Tottenham dalam liga adalah konsisten. Kedua-dua perlawanan yang kami mainkan adalah 2-1. 
"Perlawanan di tempat sendiri menyaksikan tuah untuk kami pada minit terakhir. Tetapi emosinya akan berbeza [di perlawanan akhir]. Ini perlawanan yang istimewa. Kita perlu membawa diri kita dalam mood yang betul."