Eden Hazard Mengucapkan Selamat Tinggal Pada Chelsea Dan Akui Menunggu Perpindahan Ke Real Madrid!




Eden Hazard telah mengucapkan 'selamat tinggal' kepada Chelsea dan telah mendedahkan bahawa dia kini 'menunggu' untuk perpindahannya ke Real Madrid. 
Dengan apa yang boleh dikatakan sebagai penampilan terakhirnya untuk pasukan Chelsea, pemain antarabangsa Belgium menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-1 ke atas Arsenal dalam perlawanan akhir Liga Europa pada Rabu malam. 
Dan apabila ditanya tentang mengenai masa depannya selepas perlawanan itu, Hazard mengakui bahawa keputusannya telah dibuat dan berharap akan meninggalkan Stamford Bridge untuk ke Madrid musim panas ini. 
"Kami akan memutuskannya dalam beberapa hari ini dan satu-satunya sasaran dalam fikiran saya adalah untuk memenangi perlawanan akhir ini," kata Hazard kepada BT Sport.
"Saya telah membuat keputusan saya dan sekarang saya sedang menunggu kedua-dua kelab itu, seperti yang anda dan para peminat sedang tunggu. Anda akan tahu dalam masa beberapa hari ini. 
"Saya fikir ianya adalah ucapan selamat tinggal, tetapi dalam bola sepak anda tidak pernah tahu. 
"Anda tahu, impian saya adalah untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dan saya telah melakukannya bersama salah satu kelab terbesar di dunia, jadi mungkin sekarang adalah masa untuk cabaran yang baru."