Jose Mourinho Sokong Perpindahan Hazard Ke Real Madrid Dan Jelaskan Mengapa Tekanan Lebih Kepada Arsenal Di Baku!




Jose Mourinho mengakui bahawa dia menjangkakan Eden Hazard akan meninggalkan Chelsea musim panas ini untuk menyertai Real Madrid. 
Pemain Belgium itu mempunyai satu tahun lagi dalam kontrak semasanya di Stamford Bridge dan telah menjelaskan kepada pihak heirarki kelab itu bahawa dia mahu keluar selepas perlawanan akhir Liga Europa menentang Arsenal. 
Hazard telah berminat untuk menyertai Real Madrid pada musim panas lepas tetapi pemergian Zinedine Zidane, ditambah dengan pujukan dari Maurizio Sarri, telah meyakinkannya untuk kekal lagi setahun di barat London. 
Bagaimanapun, Hazard kini dijangka akan menyempurnakan impiannya untuk berpindah ke Real Madrid dan Mourinho mengakui bahawa dia menjangkakan pemain sayap itu meninggalkan Stamford Bridge.
"Ia kelihatan seperti ini adalah perlawanan terakhir dalam jersi biru untuk Eden Hazard," kata Mourinho kepada Sky Sports. 
"Dia seorang pemain yang penting untuk kejayaan Chelsea dalam generasi terakhir ini dan Eden juga akan berusaha untuk menjadi sepertimana yang selalu dia lakukan - pemain yang hebat di atas padang. 
"Dia akan mahu untuk menang dan mungkin pergi ke Real Madrid dengan trofi terakhirnya untuk Chelsea."
Perlawanan terakhir dalam kerjaya Hazard untuk Chelsea mungkin berada di Baku, Azerbaijan ketika The Blues menentang Arsenal. 
Chelsea telah berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-Juara untuk musim akan datang dan Sarri risau pasukannya mungkin kurang bermotivasi berbanding Arsenal, yang perlu menang untuk mendapatkan tempat dalam pertandingan itu.
Walau bagaimanapun, Mourinho percaya tekanannya adalah pada Arsenal. 
"Lebih banyak tekanan pada Arsenal kerana mereka mahukan tempat di Liga Juara-Juara musim depan," kata Mourinho. 
"Mereka bermain untuk dapatkan dana berjuta-juta sehingga lebih banyak tekanan terletak pada pasukan Arsenal."