Lionel Messi Akui Tragedi Di Anfield Masih Menghantui Dirinya Dan Dedahkan Siapa Patut Dipersalahkan Atas Kekalahan Itu!




Lionel Messi mengakui bahawa dia masih dalam usaha untuk 'pulih' dari kekecewaan atas kekalahan Barcelona kepada Liverpool dan menegaskan bahawa kesalahannya atas tersingkirnya pasukan itu secara mengejut di peringkat separuh akhir keluar Liga Juara-Juara patut ditujukan kepada pemain bukannya ketua jurulatih Ernesto Valverde. 
Barca dikejutkan di Anfield lebih dua minggu yang lalu selepas mereka mencatat kemenangan 3-0 pada pusingan pertama separuh akhir di Kem Nour sebelum tewas 4-0 oleh pasukan Jurgen Klopp. 
Valverde telah menerima banyak kritikan selepas terkeluarnya Barca dari Liga Juara-Juara dan walaupun berjaya membimbing kelab itu untuk merangkul kejuaraan La Liga dan layak ke perlawanan akhir Copa del Rey, pengurus berusia 55 tahun itu masih masih berkemungkinan untuk dipecat pada musim panas ini.
Tetapi Messi telah tampil memberi sokongan buat Valverde dan telah mengkritik sikap rakan sepasukannya atas kekalahan mereka kepada Liverpool. 
"Saya mahu Valverde dikekalkan tahun depan, kami memenangi dua kejuaraan tahun lepas dan kami boleh mengulanginya pada tahun ini," kata Messi pada hari Jumaat.
"Jika saya jujur dengan anda, saya tidak benar-benar melihat kritikan itu adalah untuk pengurus. 
"Sejujurnya, saya fikir dia telah melakukan kerja yang sangat baik. 
"Dia tidak patut disalahkan atas kekalahan kepada Liverpool. Kami adalah satu-satunya yang bertanggungjawab untuk apa yang telah berlaku. 
"Kami tahu apa yang berlaku pada tahun lepas tidak patut berlaku lagi. Ia boleh berlaku kepada anda sekali, tetapi tidak untuk dua kali berturut-turut. Ia tidak dapat diterima apa yang berlaku. Dia mungkin hanya sebahagiannya untuk dipersalahkan, tetapi kami adalah keseluruhannya.
"Saya tidak mengkaji semula perlawanan itu, tetapi dari apa yang saya ingat, ia sangat mirip dengan perlawanan di Roma, mereka dengan cepat menjaringkan gol, kami hanya menundukkan kepala kami memikirkan bahawa perkara itu dapat terjadi lagi. 
"Walaupun kami bertindak balas dengan baik, kerana pada babak pertama tidaklah begitu buruk, pada babak kedua kami tidak bermain seperti sepatutnya, hanya ada satu pasukan di atas padang, itu adalah kesalahan terbesar, yang kami tidak bersaing, kami membiarkan diri kami tunduk. 
"Apa yang tidak boleh kami maafkan ialah kami tidak bersaing di Anfield. Mereka melepasi kami. Kekecewaannya sangat besar. Kita mesti memohon maaf kerana tidak bersaing untuk berada di perlawanan akhir.
"Saya tidak memikirkan tentang kasut Emas. Saya masih dalam proses untuk pulih dari apa yang berlaku di Liverpool dan saya tidak berfikir tentang pencapaian peribadi, saya hanya mahu menamatkan tahun ini dengan kejuaraan lain [Copa del Rey]."