'Daniel James Cukup Baik Untuk Bermain Di Liga Perdana Inggeris Untuk Mana-mana Pasukan!' - Ryan Giggs




Jurulatih Wales, Ryan Giggs tidak mempunyai keraguan tentang kemampuan Daniel James untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dan mengatakan bahawa pemain sayap itu cukup baik untuk bermain di mana-mana pasukan.
Pemain berusia 21 tahun itu dipercayai hampir pasti menyertai Manchester United dalam satu perpindahan bernilai sekitar £ 15 juta. 
Bagaimanapun, perpindahan pemain sayap itu ditangguhkan oleh kematian bapanya yang tidak dijangka pada awal bulan ini dan dia dijangka akan menarik diri dari bermain bagi kelayakan Euro 2020 pada bulan Jun ini.
James, bagaimanapun, telah memilih untuk memasuki skuad dan apabila ditanya mengenai potensi bintang Swansea itu, Giggs memberi pujian penuh mengenai kualiti pemain sayap tersebut.
"Anda tidak perlu bercakap kepada saya untuk melihat kualiti yang dimiliki oleh Dan, terutama sekali sejak pertukaran tahun ini," kata Giggs. 
"Perpindahan yang tidak berjaya dengan Leeds telah didokumenkan dengan baik. Dia teruskan bermain dan jelas ianya hebat bagi saya dalam perlawanan terakhirnya.
"Apabila anda mempunyai kelajuan seperti itu dan begitu juga dengan bakat yang dia ada, dia boleh bermain di mana-mana pasukan sahaja."
Ole Gunnar Solskjaer akan mensasarkan untuk mendapatkan pemain tengah, pertahanan kanan dan juga pertahanan tengah sebaik sahaja perpindahan Daniel James berjaya diselesaikan.
United berminat untuk mendapatkan pemain pertahanan kanan Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka dan pertahanan tengah Ajax, Matthijs de Ligt Ajax.