Christian Pulisic Akui Mahu Jadi Seperti 'Eden Hazard' Untuk Chelsea!




Penyerang baru Chelsea bernilai £ 58 juta mahu mencapai tahap yang sama seperti pemain kegemaran di Stamford Bridge, Eden Hazard - dan berharap dia dapat bermain di pasukan yang sama bersama bintang Belgium itu musim depan.
Pulisic menandatangani kontrak selama lima tahun setengah bersama The Blues pada bulan Januari yang lalu tetapi kemudian dipinjamkan semula ke Jerman untuk menghabiskan musim ini bersama Borussia Dortmund.
Bintang Amerika Syarikat berusia 20 tahun itu telah menghabiskan tempoh beberapa hari di England untuk meninjau persekitaran barunya, dan melalui sesi temubualnya bersama BBC Sport, dia menjelaskan mengenai jangkaan yang dia letakkan terhadap dirinya.
"Ianya luar biasa untuk melihat apa yang Eden boleh lakukan," katanya. "Dia adalah pemain yang perlu diperhatikan dan pemain yang anda mahu jadi sepertinya.
"Ia sudah pasti adalah satu sasaran buat saya. Mana-mana pemain tidak ada yang menolak untuk berada dalam pasukan yang sama dengan dia."
Hasrat Pulisic mungkin tidak tercapai melihat Hazard semakin pasti untuk berpindah ke Real Madrid selepas perlawanan akhir Liga Europa Chelsea menentang Arsenal pada 29 Mei nanti.