Bukan Eden Hazard, Antonio Conte Menamakan Pemain Terbaiknya Ketika Di Chelsea!




Antonio Conte telah menamakan N'Golo Kante sebagai pemain terbaiknya mendahului Eden Hazard. 
Pengurus Itali itu, yang diumumkan sebagai pengurus baru Inter Milan pada hari Jumaat, telah menghabiskan tempoh dua musim di Stamford Bridge sebelum dipecat pada musim panas yang lepas. 
Conte memenangi kejuaraan Liga Perdana dalam musim pertamanya di Chelsea dan menamatkan kerjayanya di kelab itu dengan kemenangan ke atas Manchester United di perlawanan akhir PialaFA. 
Kante menyertai Chelsea pada jendela perpindahan musim panas pertama Conte di Stamford Bridge dan memainkan peranan penting di bahagian tengah pengurus Itali itu. 
Dan ketika diminta menamakan pemain terbaiknya ketika di Chelsea, Conte mengatakan kepada BBC World Service: "Ada banyak pemain yang bagus, tapi jika saya harus menyebutkan hanya satu pemain, saya ingin menyebutkan ianya adalah Kante.
Ditanya kenapa dia merasakan Kante begitu istimewa bagi dia, Conte menjawab: "Kita sedang bercakap tentang pemain yang istimewa. 
"Kerana dia selalu mempunyai senyuman di wajahnya. 
"Dia pemain yang boleh dipercayai, pemain yang hebat. 
"Saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk dia."
Ditanya adakah dia memandang Chelsea dengan perasaan kegembiraan atau kekecewaan, Conte menjawab: "Saya pasti gembira dengan masa saya di Chelsea. 
"Ingat ketika saya tiba di Chelsea, mereka keluar dari saingan Liga Europa dan Liga Juara-Juara, mereka telah menamatkan musim di tangga ke-10. 
"Saya membuka bab baru untuk Chelsea dengan banyak pemain muda, pada masa yang sama saya memenangi Liga Perdana Inggeris, layak ke perlawanan akhir Piala FA pada musim pertama, dan kemudian memenanginya pada musim kedua. 
"Saya fikir untuk menang di England kini adalah sangat sukar, tetapi saya menang, dan ini adalah perkara yang paling penting."