Unai Emery mempertahankan Mesut Ozil selepas pemain tengahnya itu melemparkan jaketnya kepada kakitangan jurulatih Everton semasa kekalahan Arsenal di Goodison Park pada hari Ahad.
Harapan merebut tempat empat teratas liga bagi Arsenal menerima kejutan selepas jaringan gol oleh Phil Jagielka pada minit ke-10 memastikan kemenangan berpihak kepada Everton.
Dan ketegangan terus meningkat pada minit ke-83 apabila Dominic Calvert-Lewin dijatuhkan oleh Shkodran Mustafi.
Pengurus Everton Marco Silva dan kakitangan jurulatihnya mula bertengkar dengan Emery tetapi ketika pengurus Arsenal itu pergi untuk berhadapan dengan pengurus Everton, Ozil melemparkan jaketnya ke arah pengurusan pasukan tuan rumah.
Jaket itu mendarat di kaki Emery dan selepas ketegangan berjaya diredakan, permainan di teruskan dan Everton dapat bertahan dengan baik untuk memenangi pertarungan.
"Kita perlu mengawal kekecewaan kita dan kita sedang belajar tentang itu," kata Emery selepas perlawanan.
"Ia bukan keputusan yang baik tetapi kami berada pada landasan terbaik, kita berada di tangga keempat.
"Kami mempunyai perlawanan penting menentang Napoli pada pertengahan minggu ini dan pada minggu depan menentang Watford adalah permainan yang positif bagi kami.
"Kami kalah tetapi kami perlu bangkit dengan cepat dan mencari kemenangan seterusnya."
Silva juga menafikan pertengkaran dengan Emery selepas perlawanan itu.
"Kami mempunyai situasi dalam permainan, bola sepak akan sangat emosi pada situasi seperti itu," kata Silva.
"Dia mahukan yang terbaik untuk pasukannya, saya mahukan yang terbaik untuk pasukan saya.
"Di penghujung perlawanan dia mempunyai banyak persoalan, saya berkata kepadanya 'semoga berjaya dalam perlawanan seterusnya."
Tiada ulasan
Catat Ulasan