'Chelsea Pasukan Lebih Baik Dengan Adanya Hudson-Odoi Di Atas Padang' - Eidur Gudjohnsen.




Callum Hudson-Odoi sudahpun memainkan peranan penting buat Chelsea dengan dia menjadikan pasukan itu lebih baik apabila dia turun bermain, kata bekas pemain The Blues Eidur Gudjohnsen.
Pemain sayap berusia 18 tahun itu telah membuat 20 penampilan di bawah Maurizio Sarri, tetapi bermula dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris buat kali pertama dalam kemenangan Chelsea menewaskan Brighton 3-0.
Tetapi pemain akademi itu kelihatan tidak berpuas hati dengan masa bermainnya yang terhad di Stamford Bridge, membuatkan dia membuat permintaan keluar untuk memaksa perpindahan keluar bulan Januari yang lalu ke Bayern Munich, yang mana mengatakan mereka akan kembali memburu dia musim panas ini. 
Sudahpun mewakili England sebanyak dua kali, Hudson-Odoi baru-baru ini menerima pujian penuh dari jurulatih Maurizio Sarri, rakan sepasukan Eden Hazard dan Olivier Giroud termasuk jugalah Wayne Rooney, Peter Crouch, dan Jimmy Floyd Hasselbaink.
Dan bekas penyerang Chelsea dan Barcelona, Gudjohnsen adalah yang terbaru untuk memuji bintang muda itu, dengan mengatakan impak Hudson-Odoi dalam pasukan menunjukkan dia sudah bersedia bermain secara kerap dalam pasukan utama.
"Sebagai pemain muda yang berjaya masuk, anda perlu mengambil peluang anda dan menggunakan peluang itu sebaiknya," kata Gudjohnsen kepada Talksport.
"Setiap kali dia mendapat peluang, dia telah menunjukkan yang dia mempunyai kualiti, satu kualiti yang luar biasa.
"Anda sentiasa merasakan dengan adanya Hudson-Odoi di atas padang, Chelsea kelihatan sebuah pasukan yang lebih baik.
"Dia masih muda, dia mempunyai masa tetapi dia menunjukkan yang dia sudah bersedia dan kami sangat suka untuk melihat bakat seperti ini berada di atas padang dengan lebih kerap."
Chelsea kini berada di kedudukan kelima liga dengan pungutan mata yang sama dengan Arsenal, yang mana Arsenal lebih baik dari perbezaan gol dan kekurangan satu perlawanan. 
The Blues bakal beraksi menentang West Ham Isnin ini sebelum mengubah perhatian mereka kepada saingan Liga Europa menentang Slavia Prague untuk pusingan pertama saingan suku akhir pertandingan tersebut.