Ruben Loftus-Cheek telah mendedahkan bagaimana Maurizio Sarri dan Gianfranco Zola menjadi ilham dalam kemenangan Chelsea ke atas Cardiff City pada hari Ahad.
Pasukan bergelut di zon penyingkiran Cardiff hampir mencapai kemenangan mengejutkan selepas Victor Camarasa menjaringkan gol tidak lama selepas rehat separuh masa.
Tetapi Chelsea berjaya menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit untuk mendapatkan kemenangan penting dan penuh kontroversi serta masih kekal bersaing dalam perebutan empat teratas Liga Perdana.
Cesar Azpilicueta yang berjaya menyamakan kedudukan untuk The Blues dengan gol yang sepatutnya dibenarkan sebelum pemain gantian, Loftus-Cheek menjaringkan gol kemenangan di minit kecederaan.
"Ia sangat gila," kata Loftus-Cheek kepada laman web rasmi Chelsea selepas menang 2-1. "Kami semua merasakan yang gol akan datang.
"Momentum berada di pihak kami, kami terus berusaha dan sebelum akhirnya mendapatkannya.
"Pengurus [Sarri] dan [penolong bos] Zola memberitahu saya untuk memberitahu kepada Ross [Barkley] untuk menjadi lebih berdisiplin yang akan membolehkan saya pergi dan cuba masuk ke dalam kotak penalti dan mempunyai kebebasan yang lebih tinggi di kawasan berbahaya.
"Saya hanya cuba masuk ke dalam kotak dan ia berkesan. Ia sentiasa menjadi sebahagian daripada permainan saya jika terdapat ruang di hadapan saya. Ia memberikan kesukaran kepada pemain pertahanan."
Loftus-Cheek membuat penampilan pertamanya untuk Chelsea pada tahun 2014 dan telah menjaringkan tujuh daripada 11 golnya musim ini.
Pemain antarabangsa England itu menambah: "Ia adalah gol kemenangan di minit akhir saya yang pertama untuk Chelsea dan ianya menakjubkan untuk meraikannya bersama peminat.
"Saya mempunyai ikatan yang baik dengan para peminat. Mereka begitu luar biasa unutk saya sejak saya melakukan penampilan pertama saya jadi saya hanya dapat mengucapkan terima kasih kepada mereka. "
Chelsea kini mempunyai tujuh lagi baki perlawanan untuk mencuba melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan dengan menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.
Dan The Blues berharap akan dapat memanfaatkan perlawanan di tempat sendiri berturut-turut ketika menghadapi Brighton dan West Ham pada lapan hari berikutnya.
"Ia adalah tiga mata yang hebat. Kami berhasrat untuk berada di kedudukan empat teratas jadi apa-apa sahaja mata yang kami dapat untuk membawa kami lebih dekat kepadanya adalah penting," kata Loftus-Cheek.
"Kami perlu memanfaatkan permainan di tempat sendiri dan berharap dapat memperolehi enam mata."
Tiada ulasan
Catat Ulasan