Gary Neville Tidak Setuju Pendapat Carragher Tentang Fabinho Malah Menuduh Pemain Itu Punca Permainan Liverpool Lebih Terbuka!




Gary Neville tidak bersetuju dengan kata-kata semangat yang diberikan Jamie Carragher kepada pemain tengah Liverpool, Fabinho dengan mengatakan pasukan The Reds itu nampak lebih terbuka selepas dia dimasukkan menentang Tottenham. 
Pemain Brazil itu, yang tidak diturunkan dalam kesebelasan utama, dimasukkan pada minit ke-77 sejurus selepas gol penyamaan dari Spurs, dengan James Milner dan Jordan Henderson dikeluarkan. 
Pengulas Sky Sports Carragher memuji pemain gantian itu, dengan mengatakan Fabinho 'telah berjaya memenangi bola kembali' dan 'membuat perbezaan besar' selepas dimasukkan, dan melabelkan pemain tersebut sebagai pemain yang tidak boleh disingkirkan dari kesebelasan utama.
Tetapi Neville agak kurang bersetuju dan merasakan peluang terbaik Spurs dalam perlawanan itu datang selepas Fabinho - yang sebenarnya hanya membuat satu hadangan yang berjaya dalam penampilan singkatnya - dimasukkan ke dalam padang.
Bercakap dalam Gary Neville Podcast, dia menjelaskan: "Saya fikir apabila Fabinho masuk, secara individu dia kelihatan lebih kuat daripada Milner dan Henderson yang telah dikeluarkan, tetapi sebenarnya Tottenham mempunyai peluang terbaik dan permainan terbaik selepas dia di atas padang.
"Selama kira-kira lima minit atau 10 minit menjelang ke akhir permainan, beberapa pergerakan kecil dari Tottenham - melakukan hantaran-hantaran - adalah hebat." 
Dia melanjutkan: "Tottenham kelihatan seperti pasukan yang melakukan serangan balas, yang sebenarnya ia kelihatan sangat berbahaya.
"Liverpool mempunyai beberapa ancaman dari sepakan percuma tetapi tidak ada yang benar-benar melalui permainan secara terbuka pada babak kedua yang mana anda fikir mereka akan dan mendapatkan gol kemenangan di masa akhir itu. Ia kelihatan seperti Tottenham yang akan mendapatkannya."
Namun, Carragher merasakan kemasukan Fabinho mengubah permainan, dengan mengatakan: "Liverpool tidak memenangi bola kembali dengan banyak, dan itulah fungsi utama yang harus dilakukan seorang pemain tengah iaitu untuk memenangi bola kembali dan kemudian menghalang pasukan lawan , bagaimana corak tekanan yang Klopp terapkan, dan itu semua bermula apabila Fabinho dimasukkan. 
"Jadi saya fikir itu satu pertukaran yang besar, dan pertukaran yang berani - tidak mudah membawa masuk pemain tengah pertahanan apabila anda perlu mendapatkan gol."