Ole Gunnar Solskjaer tidak bersetuju dengan tuduhan Louis van Gaal yang mengatakan bahawa Manchester United masih bermain bola sepak secara 'Parking Bus' - walaupun bersedia untuk memainkan apa-apa sahaja taktik permainan untuk mendapat tiga mata.
Van Gaal memberikan temubualnya bersama BBC minggu lepas di mana dia mengatakan pengganti Jose Mourinho adalah 'jurulatih lain yang meletak bas dan bermain secara serangan balas'.
Tetapi Solskjaer menegaskan bahawa pasukan United itu mampu bermain dengan lebih dominan, bermain bola sepak secara menyerang dan, meskipun dengan kritikan dari Van Gaal, dia tetap bersyukur dengan kebanyakan pemainnya pernah bermain di bawah pengurus Belanda itu.
"Asas dalam mana-mana pasukan adalah untuk bermain dengan baik tanpa bola," kata Solskjaer ketika ditanya mengenai kritikan Van Gaal.
"Jika anda boleh melakukan itu, anda mendapat peluang yang hebat. Jika terdapat tekanan yang tinggi, tekanan yang rendah, sederhana, kadangkala kita perlu mengubahnya.
"Saya sangat gembira dan bersyukur bahawa saya telah mewarisi satu pasukan yang telah melalui [pengurus yang berbeza]. Pemain di sini - kebanyakan mereka - mereka bermain untuk Mourinho, mereka pernah bermain untuk Van Gaal, mereka juga pernah bermain untuk [David] Moyes dan Fergie jadi mereka mempunyai pendidikan yang hebat. Mereka mengetahui kedua-dua corak permainan.
"Louis van Gaal berhak untuk memberikan pendapatnya. Kami perlu melihat kepada permainan. Sesetengah permainan kami telah diberi tekanan yang sangat tinggi dan memenangi bola di sana dan didominasi.
"Dia mungkin bercakap lebih lanjut mengenai permainan menentang PSG, yang merupakan permainan di mana kita harus bertahan dengan sangat baik dan melakukan serangan balas.
"Ia adalah mengenai di mana anda memenangi bola. Anda mahu bertahan untuk memenangi bola dan bergerak ke hadapan. Anda perlu memenangi bola untuk menyerang dan bagi saya ianya terdapat dua cara. Bolehkah anda menyerang dengan cepat seperti yang kami lakukan hari ini, mengapa tidak? Selagi fokus anda apabila anda memenangi bola adalah untuk menyerang."
Tiada ulasan
Catat Ulasan