Ole Gunnar Solksjaer Tetap Yakin United Mampu Berada Di Kelompok Empat Teratas Liga Akhir Musim Ini!




Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui pasukannya perlu memenangi lima daripada enam baki perlawanan untuk mendapatkan peluang berada di kelompok empat teratas liga.
The Red Devils melepaskan peluang untuk melepasi Arsenal dan Spurs untuk berada di kedudukan ketiga dengan kekalahan 2-1 kepada Wolves pada malam Selasa. 
Anak buah Solskjaer menghadapi tempoh yang paling sukar daripada empat pasukan yang bersaing untuk merebut dua tempat bagi kelayakan Liga Juara-juara musim hadapan, termasuk perlawanan menentang Everton (A), Manchester City (H) dan Chelsea (H). 
Dan pengurus Norway itu mengatakan bahawa pasukannya perlu mendapatkan 15 mata dari 18 kesemuanya yang tinggal.
Ditanya adakah pasukannya masih mampu untuk berada di kelompok empat teratas, Solskjaer menjawab: "Sudah tentu. 
"Ia [kekalahan] adalah tiga mata. Kami tahu bahawa sebelum ini kami memerlukan 15 mata untuk sampai ke kedudukan itu. 
"Kami mempunyai enam perlawanan lagi untuk mendapatkan 15 mata. Kita perlu melihat ke hadapan dan menjarakkan diri. 
"Saya katakan kami memerlukan 15 mata daripada tujuh perlawanan. Kini ia adalah 15 mata dari enam perlawanan. 
"Kami tidak mempunyai ruang untuk banyak lagi kekalahan. 
"Ianya sukar bagi kami tetapi kami adalah pasukan yang sangat baik, jadi ianya akan menjadi sukar bagi pasukan yang bermain menentang kami. "