Manchester United Tewas 2-1 Buat Kali Kedua Kepada Wolves Di Molineux!




Wolves bangkit dari ketinggalan untuk memberikan masalah serius terhadap harapan Manchester United untuk berada di kelompok empat teratas liga dengan kemenangan 2-1 di Molineux. 
Scott McTominay memberi pasukan pelawat gol pendahuluan apabila dia membuat percubaan dari jarak 25 meter di mana ia merupakan gol pertamanya untuk kelab tersebut. 
Jesse Lingard dan Romelu Lukaku terlepas peluang keemasan untuk menggandakan kelebihan United namun berjaya diselamatkan dari jarak dekat oleh Rui Patricio. 
Gol penyamaan Wolves terhasil apabila Fred melakukan kesilapan di kawasan sendiri di minit ke-25 dan Raul Jiminez memberikan hantaran cantik kepada Jota untuk dia melepaskan rembatan melepasi David De Gea. 
Pasukan tuan rumah menguasai baki separuh masa pertama yang tinggal tetapi kedua-dua pasukan tetap terikat 1-1 sehingga ke rehat separuh masa. United kembali menemui rentak mereka selepas rehat tetapi kad kuning kedua untuk Ashley Young mengurangkan pasukan pelawat kepada sepuluh pasukan dengan baki setengah jam lagi untuk bermain.
Wolves dengan gembira untuk bertahan dan mengenakan United melalui serangan balas dan mereka memperoleh gol kemenangan 15 minit sebelum tamat perlawanan. 
Leander Dendoncker yang cuba untuk melakukan sesuatu hasil hantaran ke kotak penalti dan kekeliruan antara De Gea dan Chris Smalling menyebabkan pemain pertahanan itu menjaringkan gol sendiri yang tidak disengajakan. 
Ini bermakna United melepaskan peluang untuk melepasi Arsenal dan Spurs untuk berada di tempat ketiga dan kini berada di luar dari kelompok empat teratas liga.