Bintang Borussia Dortmund, Mario Gotze mendedahkan bahawa dia masih kekal berhubung dengan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp.
Kerjaya pemenang Piala Dunia Jerman itu diketengahkan oleh Klopp sebelum dia membuat satu perpindahan kontroversi ke Bayern Munich.
Gotze sejak itu telah kembali kepada pasukannya yang merupakan pendahulu Bundesliga sekarang dengan bekas pengurusnya itu pula telah meningkatkan reputasinya di Anfield.
Walaupun berbeza tempat di mana kedua-dua kerjaya mereka diteruskan, Gotze mengakui dia masih berhubung dengan mentornya itu.
"Dia [Klopp] tahu bahawa saya ingin meninggalkan Bayern. Sudah tentu, kita berbincang. Dia mengenali saya dengan baik dan saya sentiasa mencari untuk cabaran baru," Gotze memberitahu Bild.
"Saya kerap berhubung dengan Klopp ,. Dia membawa saya ke pasukan utama ketika saya berumur 17 tahun dan dia menjadikan semuanya tidak mustahil. Kami tidak pernah berhenti berhubung."
Klopp kini bersaing untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan pasukan Manchester City yang juga diuruskan oleh bekas jurulatih Gotze di Bayern Munich, Pep Guardiola.
Mengenai perbandingan kedua-dua bekas pengurusnya itu, dia menambahkan: "Mereka sukar untuk dibandingkan kerana mereka mempraktikan falsafah bola sepak yang berbeza.
"Hakikatnya kedua-duanya sangat berjaya. Saya bersyukur kerana pernah bekerja dengan dua jurulatih yang hebat.
"Saya menonton perlawanan bagi kedua-dua pasukan sekerap yang mungkin, perebutan menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris adalah sangat menarik."
Tiada ulasan
Catat Ulasan