Ini Reaksi Ryan Fraser Selepas Dikaitkan Dengan Perpindahan Musim Panas Ini Ke Arsenal!




Pemain sayap Bournemouth, Ryan Fraser mengakui bahawa dia berasa dihargai selepas dikaitkan dengan perpindahan musim panas ini ke Arsenal. 
Pemain berusia 25 tahun itu merupakan salah seorang watak utama Bournemouth dalam saingan Liga Perdana musim ini selepas berjaya menjaringkan enam gol dan  melakukan 10 assist setakat ini. 
Sementara itu, Unai Emery sedang berusaha untuk memperbaiki skuad Arsenal pada jendela perpindahan musim panas ini dan Fraser dilaporkan berada dalam senarai pendek kelab itu. 
Denis Suarez gagal menarik perhatian pengurus tersebut selepas menyertai mereka secara pinjaman dari Barcelona pada bulan Januari yang lalu dan dengan Arsenal memilih untuk tidak membuat perpindahan pemain Sepanyol itu secara tetap pada penghujung musim ini, Gunners dilaporkan melihat Fraser sebagai alternatif terbaik mereka.
"Saya tidak akan berbohong, ianya sangat bagus," kata Fraser kepada Sky Sports. 
"Ini bermakna anda melakukan sesuatu yang betul. 
"Mereka adalah sebuah kelab yang besar, kelab yang hebat.
"Apabila anda melihat nama anda disebut-sebut di sekeliling anda, selalu berkata kepada diri sendiri bahawa anda adalah pemain Bournemouth dan anda cuba melakukannya dengan baik. 
"Saya tidak akan berbohong, anda berasa baik, terutama sekali apabila ia adalah kelab yang hebat."