Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata ia adalah "kesalahan" beliau, Jordan Henderson tidak dapat menunjukkan kebolehan menyerang dalam permainannya sejak 18 bulan yang lalu.
Kapten Liverpool, Henderson telah menerima pelbagai kritikan semasa kerjayanya Liverpool tetapi pada hari Selasa memainkan peranan yang lebih ke atas dalam kemenangan perlawanan pertama peringkat suku akhir The Reds 2-0 ke atas Porto.
Dia mencipta beberapa peluang dan membantu dalam membentuk gol kedua hasil jaringan Roberto Firmino.
"Hendo adalah pemain yang bijak," kata Klopp.
"Saya sangat gembira dia dapat menunjukkannya lagi.
"Dia sukakan posisi itu jadi ia adalah silap saya di mana dia bermain selama satu tahun setengah sebagai 'holding midfielder', tetapi kami memerlukan dia di sana."
Fabinho bermain sebagai pemain tengah pertahanan untuk Liverpool ketika menentang Porto dan hal itu telah membolehkan Henderson bermain lebih tinggi di atas padang.
Henderson telah bermain sebanyak 316 kali untuk Liverpool sejak menyertainya dari Sunderland pada tahun 2011 dan menggantikan legenda kelab Steven Gerrard sebagai kapten pada tahun 2015.
Dia telah dikritik atas persembahan yang tidak konsisten dan kekurangan kreativiti, sementara dia juga dikatakan membuat hantaran di kawasan sendiri terlalu banyak.
Ketika menghadapi Porto, kebijaksanaannya menghantar bola kepada Trent Alexander-Arnold, yang membuat hantaran menemui Firmino untuk gol kedua Liverpool.
Di samping itu, Henderson membuat hantaran lambung kepada Firmino untuk satu lagi peluang pada babak pertama perlawanan dan sekali lagi membuat hantaran cantik selepas rehat separuh masa, di mana gol berjaya dijaringkan oleh Sadio Mane tetapi dibatalkan atas alasan offside.
Mengenai prestasi Henderson, Klopp menambah: "Gol kedua adalah begitu bijak dan dia mempunyai hantaran untuk gol Sadio.
"Jika ia bukannya offside yang hanya seinci, ia masih satu hantaran yang menarik. Bermain dengan cemerlang dan saya menyukainya."
Grafik di atas menunjukkan bagaimana purata posisi Henderson (nombor 14) jauh lebih tinggi di atas padang menentang Porto (kiri), berbanding dengan permulaannya yang terakhir menentang Tottenham(kanan) dalam aksi Liga Perdana ketika dia bermain di posisi pemain tengah pertahanan untuk Liverpool.
Menentang Porto, Henderson membuat 43 hantaran di separuh padang pasukan lawan, peningkatan yang signifikan berbanding 27 hantaran ketika menentang Tottenham.
Dia juga berjaya melakukan tiga 'key passes', yang terbanyak dari mana-mana pemain pun menentang Porto, dan mendapat melakukan bantuan kedua untuk gol kedua - hantarannya tepat kepada Alexander-Arnold, yang menemui Firmino dalam kotak penalti untuk gol kedua Liverpool.
Menghadapi Spurs, Henderson tidak melakukan sebarang 'key passes' atau membuat sebarang bantuan gol atau bantuan kedua.
Tiada ulasan
Catat Ulasan