Ernesto Valverde dijangka menurunkan kesebelasan utama yang sama buat Barcelona yang mengalahkan Atletico Madrid pada hujung minggu lalu untuk pertembungan Liga Juara-juara Rabu ini menentang Manchester United.
Juara bertahan Sepanyol itu kini berada gah di puncak La Liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Atletico dan kini bertandang ke Old Trafford untuk perlawanan pertama pusingan suku akhir Liga Juara-juara mereka.
Menurut akhbar Sport Catalan, Valverde bersedia untuk tetap menggunakan pemain yang sama yang dia gunakan dalam kebanyakan perlawanan besar musim ini, tidak termasuk kecederaan.
Tidak ada keraguan bahawa Marc-Andre ter Stegen akan bermula sebagai penjaga gol, sementara Gerard Pique dan Clement Lenglet akan meneruskan gandingan mereka di pertahanan tengah meskipun dengan Samuel Umtiti sudah kembali cergas.
Jordi Alba akan bermula di posisi pertahanan kiri, meskipun di posisi pertahanan kanan Valverde akan memutuskan di antara Nelson Semedo dan Sergi Roberto.
Valverde telah melihat kemenangan Barca ke atas Spurs di Wembley sebagai templat untuk pasukannya, dan Semedo memulakan perlawanan itu, walaupun Roberto lebih digunakan baru-baru ini dan harus mengekalkan tempatnya.
Di bahagian tengah, Sergio Busquets dan Ivan Rakitic akan tetap digunakan, sementara Arthur - yang sangat menonjol ketika perlawanan di Wembley - mungkin lebih dipilih berbanding Arturo Vidal kerana kemampuannya untuk mengurus tempo perlawanan.
Di bahagian serangan, Ousmane Dembele masih belum pulih sepenuhnya meskipun turut sama dengan skuad Barcelona ke Manchester United jadi Philippe Coutinho akan bersama-sama dengan Luis Suarez dan Lionel Messi dalam membentuk serangan.
Valverde tertarik kepada fleksibiliti dan pengalaman bintang Brazil itu untuk bermain menentang pasukan Liga Perdana Inggeris.
Di bangku simpanan ia akan terdiri daripada penjaga gol Jasper Cillessen, Semedo, Umtiti, Vidal, Alena, Malcom dan, jika disahkan cergas, Dembele dan Valverde pasti melihat Vidal secara khususnya sebagai pengubah permainan sebenar dari bangku simpanan - sama ada Barca perlu kekalkan kemenangan atau mendapatkan gol.
Tiada ulasan
Catat Ulasan