Sarri Akui Tidak Akan Berbincang Dengan Hudson-Odoi Mengenai Tawaran Dari Bayern Munich!




Maurizio Sarri menegaskan Callum Hudson-Odoi perlu kekal di Chelsea, tetapi mengakui dia tidak akan bercakap kepada pemain itu untuk meyakinkan dia untuk menolak tawaran daripada Bayern Munich. 
Chelsea telah menolak dua tawaran perpindahan dari Bayern pada bulan ini dan sedang mempertimbangkan sama ada untuk membiarkan pemain muda itu menyertai kelab gergasi Jerman tersebut. 
Hudson-Odoi difahamkan sangat inginkan perpindahan ke Bundesliga selepas kejayaan pemain Inggeris seperti Jadon Sancho dan Reiss Nelson di Jerman.
Chelsea boleh membiarkan Hudson-Odoi pergi jika Bayern sanggup memenuhi bayaran perpindahan bernilai £ 40 juta tetapi Sarri mahukan pemain sayap itu kekal. 
"Saya tidak fikir begitu, kerana dia seorang pemain Inggeris," kata Sarri ketika ditanya sama ada perpindahan ke Jerman adalah baik untuk Hudson-Odoi. 
"Dia sangat muda, dia mempunyai masa depan. Dia mempunyai masa depan yang sangat hebat di England, dengan pasukan kebangsaan dan Chelsea. Untuk kekal di sini adalah yang terbaik untuk dia."
Beliau menambah: "Saya tidak bertanggungjawab terhadap soalan-soalan ini dan saya tidak mahu bercakap dengan pemain mengenai sesuatu yang tidak bergantung kepada saya."
Bayern dilaporkan sanggup memberikan Hudson-Odoi jersi bernombor 10 di kelab itu, dengan mereka sedang bersedia untuk pemergian Arjen Robben dari kelab.
Chelsea mahukan pemain berusia 18 tahun itu menandatangani perjanjian jangka panjang yang baru, dengan kontrak semasa Hudson-Odoi kini hanya berbaki 18 bulan.
The Blues bimbang akan berpotensi kehilangan nilai perpindahan yang besar jika Hudson-Odoi memilih untuk menghabiskan baki kontraknya dan meninggalkan kelab secara percuma. 
Chelsea hanya layak menerima bayaran pampasan sekiranya itu berlaku. 
Hudson-Odoi dipercayai memberitahu Chelsea bahawa dia mahu pergi dan telah bercakap dengan pengarah kelab, Marina Granovskaia mengenai perpindahan ke Bayern Munich.