Jurgen Klopp Berkongsi Berita Terkini Tentang Proses Pemulihan Joe Gomez Dan Joel Matip!




Jürgen Klopp hari ini memberikan khabar positif mengenai proses pemulihan Joe Gomez dan Joel Matip dari kecederaan, walaupun tiada di antara mereka yang tersenarai untuk perlawanan dalam saingan Piala FA hari Isnin ini menentang Wolverhampton Wanderers.
Gomez telah diketepikan sejak mengalami keretakan pada bahagian bawah kaki kirinya semasa kemenangan 3-1 Liverpool menentang Burnley pada 5 Disember yang lalu.
Sementara itu, Matip memerlukan pembedahan selepas mengalami kecederaan pada perlawanan penutup peringkat kumpulan bagi saingan Liga Juara-Juara Liga menentang Napoli di Anfield pada 11 Disember yang lalu.
Klopp melaporkan bahawa kedua-dua pemain itu menunjukkan perkembangan yang positif dalam proses pemulihan mereka, tetapi masih memerlukan sedikit masa untuk kembali ke dalam pemilihan pasukan.
Beliau memberitahu sidang akhbar sebelum perlawanan di Melwood: "[Joe adalah]semakin baik,dia semakin baik, tetapi dia belum terlibat lagi bersama pasukan.
"Joel mungkin agak dekat, saya tidak pasti, tetapi diharapkan dia dapat bergerak sepenuhnya dengan normal. Kita perlu melihat bagaimana penyembuhan tulang itu, itulah yang selalu terjadi apabila sesuatu telah patah, tetapi dari segi pergerakannya ia kelihatan sedikit normal.
"Tetapi masih memerlukan beberapa hari sehingga kami boleh mempunyai mereka dalam sesi latihan pasukan, sehingga [Joel] bersedia untuk perlanggaran, yang mana ianya cukup penting untuk seorang pemain pertahanan tengah. Sehingga itu kita akan membuat semua latihan kecergasan.
"Perkara yang baik adalah Joel boleh melakukan semua aktiviti kecergasan itu sejak seminggu atau lebih, yang bermakna apabila dia akan kembali, dia akan menjadi 100 peratus cergas Kemudian dia harus mendapat rentak semula dan semuanya akan baik-baik saja. "