Arsenal Dan Manchester United Dalam Perlumbaan Merebut Yanick Carrasco!




Arsenal dan Manchester United berminat untuk menandatangani Yannick Carrasco, menurut laporan di Itali. 
Pemain berusia 25 tahun itu menghabiskan satu musim di Liga Super China selepas menyertai Dalian Yifang dari Atletico Madrid pada Februari yang lalu. 
Kedua-duanya Arsenal dan United dalam usaha untuk menguatkan skuad mereka dengan menandatangani penyerang baru pada jendela perpindahan Januari ini. 
Dan menurut Sky Italia, Carrasco dianggap sebagai pilihan berpotensi oleh kedua kelan Liga Perdana Inggeris itu. 
Laporan itu juga mendakwa AC Milan turut berminat mendapatkan Carrasco, tetapi pemain antarabangsa Belgium itu difahamkan akan lebih memilih perpindahan ke Arsenal.
Carrasco menyertai Dalian Yifang dengan nilai perpindahan bernilai £ 26.5 juta tahun lalu dan kelab China itu, yang menduduki tempat ke-11 dalam carta liga pada musim lalu, akan mahu untuk mendapatkan semula duit pelaburan mereka. 
Carrasco memberi impak segera di posisi serangan bahagian kiri Dalian Yifang dengan menjaringkan tujuh gol dan melakukan lima assist dalam 25 penampilan. 
Tetapi pemain berusia 25 tahun itu juga mampu bermain dalam posisi yang lebih bertahan dan telah digunakan sebagai pemain sayap pertahanan oleh Roberto Martinez untuk pasukan kebangsaan Belgium.