Roberto Martinez Menasihatkan Eden Hazard Untuk Kekal Di Stamford Bridge Dan Mencipta Namanya Bersama Chelsea!




Jurulatih Belgium, Roberto Martinez menasihatkan Eden Hazard untuk kekal bersama Chelsea kerana dia boleh 'mencipta namanya' di Stamford Bridge. 
Pemain sayap itu mempunyai 18 bulan baki dalam kontrak semasanya bersama kelab barat London itu dan dia secara terbuka mengaku bahawa dia sedang mempertimbangkan mengenai perpindahan ke Real Madrid. 
Hazard telah lama mengimpikan perpindahan ke Bernabeu tetapi Chelsea sanggup membuat dia menjadi pemain menerima gaji tertinggi dalam sejarah kelab dan keluarganya sudahpun selesa di London. 
Maurizio Sarri terdesak untuk mengekalkan Eden Hazard tetapi mengambil risiko yang mengecewakan pemain tersebut apabila meletakkan dia bermain di posisi bukan pilihannya.
Walau bagaimanapun, Martinez percaya Hazard akan berisiko untuk kehilangan apa yang dia perolehi di Chelsea dengan berpindah ke Sepanyol dan mengatakan bahawa ada banyak lagi yang dapat dia lakukan bersama kelab itu. 
"Eden Hazard tidak akan membiarkan anda kecewa," kata Martinez kepada penerbitan Belgium HLN. 
"Dia jujur dengan orang-orang di sekelilingnya. Saya tidak tahu sama ada cabaran baru adalah baik untuk dia. Dia tahu betapa mereka menyayanginya di Chelsea. Dan terdapat keserasian di antara Sarri dan dia. 
"Eden menikmati dirinya di Chelsea. Beliau telah mencapai tahap yang luar biasa di kelab itu. Kemudian ia tidak pasti jika projek baru akan menjadi baik untuknya. Saya yakin dia boleh mencipta namanya di Chelsea. Lihatlah dia sekarang - walaupun bermain di posisi no '9'. "
Hazard mengakui selepas kemenangan 2-1 Chelsea menentang Watford pada Boxing Day - di mana dia menjaringkan kedua-dua gol untuk mereka - dia lebih suka tidak bermain di posisi False 9.
Sarri memilih Olivier Giroud untuk beraksi sebagai penyerang utama ketika menentang Crystal Palace dalam perlawanan terakhir Chelsea untuk tahun 2018 dan Alvaro Morata boleh kembali ke dalam kesebelasan utama untuk pertembungan The Blues menentang Southampton esok.