Reaksi Unai Emery Mengenai Perpindahan Denis Suarez Dan Perancangannya Di Jendela Perpindahan Januari Ini!




Unai Emery mengakui dia mahu menandatangani pemain pertahanan tengah dan pemain sayap pada bulan ini, tetapi enggan menje;askan sama ada Arsenal bersedia untuk menandatangani Denis Suarez dari Barcelona. 
Laporan pada hari Sabtu mengatakan The Gunners semakin hampir mencapai persetujuan dengan Barca untuk membawa pemain tengah Sepanyol Suarez ke Emirates. 
Arsenal telah mengalami beberapa kecederaan pemain pertahanan dan Emery mengatakan bahawa dia berminat untuk menandatangani pertahanan tengah semasa jendela perpindahan Januari ini. 
Ditanya sejauh mana Arsenal akan menandatangani Suarez, kata Emery selepas kemenangan FA Cup ke atas Blackpool: "Saya tidak tahu.
"Saya fikir kelab itu sedang berusaha untuk mengambil beberapa pemain yang dapat membantu kami dalam tempoh empat bulan ini. 
"Mungkin pasaran perpindahan dapat membantu kami dengan pertahanan tengah, tetapi tidak mudah kerana [Konstantinos] Mavropanos juga telah kembali dari kecederaan. 
"Pemain sayap, kanan atau kiri, satu pemain boleh membantu kami dalam posisi ini."
Ketika ditanya mengenai kedudukan terbaik Suarez, Emery, yang bekerja dengan pemain tengah itu ketika di Sevilla, menambah: "Dia bermain sebagai pemain sayap kiri atau kanan untuk Sevilla ketika dia bersama saya."
Aaron Ramsey bermain selama 90 minit dalam kemenangan Arsenal 2-0 ke atas Blackpool pada hari Sabtu tetapi bintang Wales itu dijangka akan meninggalkan Emirates pada musim panas akan datang. 
Mengenai keadaan Ramsey di utara London, Emery berkata: "Bagi saya perkara terbaik tentang Aaron Ramsey adalah komitmennya hari ini dan persembahannya adalah perkara yang paling penting bagi saya. 
"Saya sangat bangga dengan setiap pemain melihat bagaimana mereka bermain dan bagaimana mereka bekerja bersama. Saya sangat gembira dengan bagaimana mereka semua menyesuaikan diri dengan keadaan hari ini. 
"Mengenai keadaannya? Saya tidak tahu. "