Ole Gunnar Solskjaer Tidak Berminat Pecahkan Rekod Matt Busby Sebaliknya Beri Fokus Perlawanan Seterusnya Menentang Spurs!




Ole Gunnar Solskjaer tidak mengambil peduli tentang memecahkan rekod Matt Busby bersama dengan dia melihat kepada perlawanan yang akan datang menentang Tottenham Hotspur di Wembley hujung minggu ini.
Pengurus sementara Solskjaer telahpun memenangi kesemua lima perlawanan pertamanya sebagai pengurus The Reds Devill selepas menggantikan Jose Mourinho -menyamai rekod Busby pada musim 1946-1947 dengan kemenangan 2-0 menewaskan Reading dalam saingan pusingan ketiga Piala FA.
Solskjae mampu untuk melepasi rekod tersebut dan mencipta rekod baru dengan kemenangan menentang Spurs hujung minggu ini di Wembley tetapi pengurus United itu tidak berminat untuk mencipta rekod baru tersebut.
"Saya tidak peduli," kata Solskjaer. "Bukan sekarang. Saya mungkin akan duduk dalam tempoh 20 tahun akan datang dan melihat semua rekod yang saya perolehi.
"Apabila saya berada dalam kedudukan ini, saya tidak akan menoleh ke belakang tentang apa yang telah saya lakukan. Tidak akan pernah."
Solskjaer telahpun memperoleh kemenangan menentang Cardiff City, Huddersfield Town, Bournemouth dan Newcastle sebelum yang terbaru kejayaan dalam saingan Piala FA pada hari Sabtu lalu.
Empat kemenangan berturut-turut telah melihat The Red Devils merapatkan jurang mata kepada tiga dengan pasukan dikedudukan kelima Arsenal, berjaya menjaringkan 14 gol dan dibolosi hanya tiga gol.
Tottenham mendahului dengan 10 mata di tempat ketiga meninggal United, dengan laporan mengatakan pengurus Tottenham Mauricio Pochettino sebagai pengurus pilihan untuk menggantikan Mourinho secara tetap musim panas nanti.
"Spurs di tempat lawan, ia ujian yang sebenar," kata Solskjaer. "Mereka beraksi dengan sangat baik musim ini, mereka mempunyai cara bermain yang hebat, Terdapat banyak perkara yang perlu kita lihat tentang perlawanan ini.
"Dia(Pochettino) telah menjadikan mereka beraksi dengan baik dalam beberapa musim kebelakangan ini. Kedua-duanya secara individu dan kami perlu melihat kepada unit dalam pasukan dan melihat bagaimana kami akan bermain menghadapi mereka."
Mengenai sasaran United untuk layak ke Liga Juara-juara musim hadapan, Solskjaer menambah: "Saya tidak akan mengatakan tempat empat teratas adalah sasaran saya, kerana sasaran saya juga adalah bermain dengan cara yang tertentu. Cara bermain yang tertentu ini akan membawa kita di mana kita sepatutnya di akhir nanti. Ianya bergantung kepada persembahan. "