Inilah Punca Mengapa Alvaro Morata Tidak Meraikan Golnya Menentang Nottingham Forest!




Penyerang Chelsea Alvaro Morata merasakan bahawa dia telah diberikan penghormatan sewajarnya oleh kelab itu dan enggan meraikan golnya ketika menentang Nottingham Forest untuk mempamerkan tentang perasaannya. 
Bintang Sepanyol itu menjaringkan gol buat kali pertama sejak awal bulan November yang lalu ketika dia menjaringkan dua gol di pusingan ketiga Piala FA pada hari Sabtu lalu, meskipun kelihatan tidak gembira dan enggan untuk meraikan golnya.
Marca mendakwa Morata tidak puas hati dengan kritikan yang diterimanya dari Gianfranco Zola sebelum perlawanan dan ingin menunjukkan isyarat yang mempamerkan rasa ketidakpuasan hatinya itu.
Jurulatih Itali itu, yang berada dalam tugas bersama media untuk perlawanan Piala, tidak menyorokkan penilaiannya terhadap prestasi kurang memberangsangkan dari Morata, dengan mengatakan: "Orang ramai mengharapkan lebih daripada pemain Chelsea bernombor sembilan. Mereka mengharapkan banyak gol dan banyak persembahan yang hebat.
"Ianya normal dan Alvaro perlu membiasakan diri dengan itu. Jika dia pergi ke kelab besar yang lain, perkara yang sama juga akan berlaku kepadanya.
"Dia perlu belajar untuk meletakkan semuanya di belakang kerana ini adalah beban yang tidak akan membantu anda melakukan dengan lebih baik apabila anda melangkah masuk ke atas padang. Dia bermain di Chelsea, bukan di Southampton atau Brighton, dengan penghormatan dari kelab ini."
Morata nyata terkesan dengan komen itu dan merasakan ia menunjukkan petanda bahawa kelab itu tidak memberi sokongan penuh kepada dirinya, dan kini cuba melepaskannya dalam jendela perpindahan Januari ini.
Pemain berusia 26 tahun itu dijangka akan meninggalkan Stamford Bridge dan boleh ditukar dengan bintang AC Milan Gonzalo Higuain, pemain yang Maurizio Sarri kenali dengan sangat baik. 
Emosi Morata tidak menjadi lebih baik dengan pemergian Cesc Fabregas, yang semakin hampir untuk bergabung dengan Monaco, disebabkan hubungan yang erat di antara kedua-dua bintang Sepanyol itu di dalam dan di luar padang.