Maurizio Sarri Mengesahkan Dia Mahukan Chelsea Menandatangani Pengganti Cesc Fabregas Dengan Segera!




Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mengesahkan bahawa dia mahu menandatangani pemain baru bagi menggantikan Cesc Fabregas ketika pemain tengah itu semakin hampir melengkapkan perpindahannya ke Monaco. 
Bintang Sepanyol itu dijangka menyertai Thierry Henry di selatan Perancis dengan segera, setelah bersetuju dengan syarat peribadi, walaupun Chelsea dipercayai mahukan £ 10 juta untuk pemain berusia 31 tahun itu. 
Laporan mengatakan bahawa mereka sudahpun meletakkan senarai untuk penggantian itu, dengan Nicolo Barella dan Leandro Paredes antara dua pemain yang menarik perhatian mereka.
Walaupun Fabregas telah digunakan dengan sangat jarang oleh Sarri ,hanya sekali sahaja dalam aksi Liga Perdana Inggeris, pengurus Chelsea itu merasakan skuad itu mesti diisi semula untuk menampung kehilangannya - walaupun enggan menamakan sebarang sasaran. 
"Saya tidak mahu bercakap mengenai pemain di pasukan lain," kata pengurus Itali itu ketika ditanya mengenai minat mereka terhadap Barella, pemain tengah Cagliari
"Jika Cesc mahu pergi maka kita memerlukan penggantinya. Saya tidak tahu mengenai keadaan Loftus-Cheek, jika ianya serius. Tanpa Cesc kami hanya ada lima pemain, kami memerlukan penggantinya."
Barella, yang menikmati kempen yang cemerlang dan telah pun mewakili pasukan kebangsaan Itali sebanyak empat kali, mungkin akan memerlukan bayaran perpindahan sebanyak £ 45 juta.
Sarri masih tidak pasti tentang status perpindahan Fabregas ke Monaco, walaupun percaya ia adalah keputusan yang tepat untuk kelab dan pemain. 
Dia meneruskan: "Saya tidak mempunyai berita mengenai Cesc. Saya tidak tahu [jika dia bergerak ke Perancis], semalam dia mempunyai hari cuti, jadi saya tidak tahu. 
"Saya hanya boleh mengatakan mengenai pendapat saya, saya tidak tahu mengenai keputusan kelab itu. Pada pendapat saya dia perlu pergi, pembaharuan kontrak bagi pemain melebihi dari 30 tahun hanya selama setahun, dia mempunyai tawaran. Saya tidak mahu mempunyai pemain seperti Cesc yang tidak gembira. "