Jurgen Klopp Menjelaskan Punca Sebenar Kekalahan Liverpool Dan Enggan Menyalahkan Mana-mana Pemainnya!




Jurgen Klopp enggan menyalahkan mana-mana pemain Liverpool selepas The Reds disingkirkan dari saingan Piala FA oleh Wolves pada pusingan ketiga. 
Liverpool terpaksa melakukan banyak perubahan sebelum perlawanan bermula, dengan Adam Lallana dan Jordan Henderson terpaksa dikeluarkan dari skuad akibat kecederaan. 
Dan Klopp kemudian ditinggalkan tanpa pilihan tetapi membawa masuk Ki-Jana Hoever yang berumur 16 tahun apabila Dejan Lovren mengalami kecederaan hanya beberapa minit selepas perlawanan dimulakan di Stadium Molineux.
Wolves membariskan pemain mereka yang terbaik untuk perlawanan itu dan Klopp akui peluang pasukannya sedikit terganggu akibat kecederaan mengejut yang dialami pemainnya.
"Saya tidak pasti apa yang anda semua akan katakan jika saya berkata sejak permulaan, pertahanan tengah kami adalah Hoever dan Fabinho. Anda akan berkata saya tidak menghormati pertandingan ini," kata Klopp selepas perlawanan. 
"Lallana dan Henderson berada dalam perancangan kami. Dejan Lovren tidak. Kami terpaksa menukarnya. Separuh masa kedua kami mahu memulakan sesuatu dengan pendekatan yang positif."
Beliau menambah: "Kami membawa masuk Mo dan Bobby dan permainan kelihatan agak berbeza. Intensiti dalam beberapa permainan terakhir, tidak mungkin untuk bermula dengan mereka di bahagian hadapan.
"Hanya Lovren yang telah bermain untuk semua perlawanan dalam beberapa minggu ini. Keadaan ini tidak terlalu baik. "
Klopp berhati-hati dengan kritikannya terhadap pemainnya selepas perlawanan itu,dengan menolak untuk mengetengahkan mana-mana pemain The Red yang patut disalahkan.
"Bukan tugas saya untuk mengatakan 'dia itu tidak cukup baik '. Kami berubah dengan banyak kerana kami terpaksa, bukan kerana saya terpaksa. Ianya jelas Wolves tidak banyak melakukan perubahan, "katanya. 
"Saya perlu pastikan saya mengeluarkan kata-kata yang betul ... Saya tidak mahu menjadi tajuk utama. 
"Anda semua mahukan bilangan permainan ini, kami telah memainkannya setakat ini dan berjaya, tapi hari ini kami kalah. Itulah kisahnya."