Para Pemain Manchester United Mahukan Ole Gunnar Solskjaer Menjadi Pengurus Tetap Kelab Itu!




Manchester United mahukan Ole Gunnar Solskjaer diberi jawatan kekal sebagai pengurus kelab itu pada musim panas akan datang, menurut laporan. 
Solskjaer mengambil alih tugas dari Jose Mourinho yang dipecat pada Disember yang lalu dan telah dilantik sebagai pengurus sementara hingga akhir musim ini. 
Pihak Atasan United akan membuat keputusan tentang siapa yang akan menjadi pengurus sepenuh masa dalam beberapa bulan akan datang, tetapi melihat pengurus Tottenham Mauricio Pochettino sebagai pilihan idealnya.
Walau bagaimanapun, Mirror mendakwa pemain di bilik persalinan United akan berasa gembira sekiranya Solskjaer diberikan jawatan itu secara tetap. 
Solskjaer memperoleh lima kemenangan dalam lima perlawanan pertamanya, dan seolah-olah telah memberi nafas baru kepada pemain-pemain seperti Paul Pogba dan Marcus Rashford. 
Romelu Lukaku memuji gaya 'One-to-one' Solskjaer dan mendedahkan pengurus Norway itu telah menyediakan 'analisis penuh' tentang permainannya ketika mereka pertama kali bertemu di United.
Ianya bahagian hadapan United khususnya yang telah menerima gaya pengurusan Solskjaer dan mahukan dia kekal di Old Trafford melebihi musim ini.
United kini berada di Dubai untuk kem latihan dengan cuaca yang panas dan Solskjaer terus merapatkan hubungan bersama pemainnya dengan memberitahu mereka untuk menonjolkan diri mereka di atas padang.
Solskjaer secara teknikalnya berada dalam  'proses pinjaman' dari Molde untuk sepanjang musim ini, tetapi tidak merahsiakan keinginannya untuk menjadi pengurus kekal untuk Manchester Untied. 
Ujian sebenar United di bawah Solskjaer adalah pada hujung minggu ini apabila The Red Devils akan pergi ke Wembley untuk menentang Tottenham bagi aksi Liga Perdana Inggeris yang seterusnya.