Jordi Alba Akui Barcelona Akan Menerima Alvaro Morata Dengan Tangan Terbuka!




Jordi Alba menegaskan bahawa Alvaro Morata adalah seorang 'Pemain Terbaik' dan dia akan 'sangat diterima' di Barcelona, sekiranya dia menolak untuk perpindahan keluar dari Chelsea.
Pemain pertahanan kiri Barcelona itu merupakan peminat besar kepada rakan senegaranya itu - yang telah mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam bola sepak Inggeris - dan berpendapat yang dia akan menjadi pembelian yang baik untuk kelab gergasi La Liga itu.
Morata belum menunjukkan prestasi terbaiknya dalam bola sepak Inggeris dan mendapati dirinya bersaing dengan Olivier Giroud untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama, dengan Maurizio Sarri dilaporkan berminat untuk menandatangani Edinson Cavani sebagai penyerang No 1 The Blues.
Pemain berusia 26 tahun itu, yang sebelum ini telah beraksi untuk kelab-kelab gergasi Eropah iaitu Real Madrid dan Juventus, mungkin tidak mempunyai masa depan di Stamford Bridge dan ejennya dalam usaha menghubungi pihak Barcelona dalam usaha untuk mendapatkan perpindahan ke Catalonia.
Alba mengharapkan itulah situasinya dan akan mengalu-alukan penyerang tersebut dengan tangan terbuka.
"Morata adalah pemain yang saya sangat hargai dengan banyak, dia telah menjadi pemain terbaik selama bertahun-tahun," katanya pada hari Khamis.
"Pada akhirnya, ia adalah keputusan kelab sekiranya mereka mahu menandatanganinya ataupun tidak, begitu juga dengan pemain yang lain.
"Jika khabar angin ini adalah benar, dia akan sangat dialu-alukan di sini, sama seperti pemain-pemain baru yang lain."