Bekas Bintang United, Andrei Kanchelskis Yakin Alexis Sanchez Akan Mahu Untuk Kembali Ke Arsenal!




Bekas pemain Manchester United, Andrei Kanchelskis percaya Alexis Sanchez akan menolak untuk kembali ke Arsenal di jendela perpindahan musim panas nanti. 
Pemain antarabangsa Chile itu mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya selepas bertukar dari Emirates ke Old Trafford pada Januari yang lalu.
Sanchez telah menjaringkan hanya satu gol sahaja dalam semua pertandingan musim ini dan telah diketepikan sehingga Tahun Baru akibat kecederaan hamstring yang dialaminya pada bulan lalu. 
Kanchelskis, yang telah memenangi lima kejuaraan utama ketika bermain di bawah Sir Alex Ferguson di Theatre of Dreams, percaya pilihan terbaik United adalah dengan memotong kerugian mereka terhadap Sanchez yang akan mendapat manfaat dengan kembali ke utara London.
"Sanchez adalah pemain utama di Arsenal, tetapi dia hanya pemain yang biasa di United dan dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan itu," katanya kepada bwin. 
"Dia disayangi oleh peminat Arsenal dan menjadi idola mereka, yang membantu keyakinannya setiap minggu, tetapi dengan bintang utama lain di sekelilingnya di United, dia gagal memenuhi jangkaan. 
"Saya tidak akan terkejut melihat Sanchez mahu kembali ke Arsenal di jendela perpindahan musim panas nanti. 
"Satu masalahnya ialah, adakah dia akan dapat bayaran gaji yang sama jika dia meninggalkan Man Utd. Dia akan mahu bermain di Liga Juara-Juara, di mana Arsenal kelihatan lebih cenderung untuk merealisasikannya buat masa ini."