Stuart Pearce Menyindir Maurizio Sarri Mengenai Sasaran 40 Gol Oleh Hazard Musim Ini!




Eden Hazard mampu mencapai sasaran 40 gol dengan berada di Liverpool tetapi tidak dengan skuad Chelsea ketika ini, menurut Stuart Pearce. 
Pemain antarabangsa Belgium itu telah memulakan musim ini dengan prestasi cemerlang selepas berjaya menjaringkan lima gol dan dua assist dalam pembukaan lima perlawanan Liga Perdana.
Selepas kemenangan 4-1 ke atas Cardiff City di mana Hazard menjaringkan hatrik, pengurus Chelsea, Maurizio Sarri mendakwa pemain berusia 27 tahun itu mampu memenangi Golden Boot dan menjaringkan 40 gol pada musim ini.
Tetapi Pearce percaya sasaran itu terlalu tinggi untuk Hazard capai pada musim ini. 
"Saya tidak pasti Chelsea akan menguasai liga sepenuhnya untuk mencipta peluang yang cukup untuk Hazard mendapatkan 40 gol, kerana adanya Liverpool dan Manchester City," kata Pearce kepada talkSPORT.
"Letakkan dia di pasukan Liverpool atau Manchester City pada masa ini dan saya fikir dia mungkin akan dapat mencapainya.
"Saya fikir kelab-kelab lain mungkin sanggup mengeluarkan wang yang besar untuk mengambil Hazard dari mereka - dia adalah salah satu pemain yang memberikan keupayaan Chelsea untuk memenangi kejuaraan.
"Dia mempunyai begitu banyak kebolehan, dan juga bekerja keras untuk pasukan, apabila anda menggabungkan semua perkara itu, dia adalah salah satu yang anda perlukan untuk terus melatihnya, terus menguji dia mengenai sama ada anda boleh memperbaikinya, tetapi juga memastikan bahawa anda memberitahu dia betapa baik dia melakukannya."