Luke Shaw Akui Peningkatan Semula Prestasinya Ada Kaitan Dengan Kritikan-kritikan Jose Mourinho!




Luke Shaw percaya penilaian ultra-kritikal dari Jose Mourinho terhadap persembahannya telah memainkan peranan utama dalam peningkatannya semula. 
Kecederaan, kekurangan kecergasan dan kehilangan keyakinan diri telah mengancam keruntuhan karier pemain berusia 23 tahun itu, sementara tidak ada ruang terlihat untuk dia di Manchester United selepas dia dikeluarkan pada separuh masa dalam aksi kemenangan pusingan kelima Piala FA menentang Brighton pada bulan Mac yang lalu.
Mourinho mengkritik hebat Shaw selepas itu tetapi bekas pertahanan kiri Southampton itu telah berusaha keras untuk kembali ke dalam skuad dann akhirnya dia telah memulakan kesemua empat perlawanan Liga Perdana United setakat musim ini. 
Prestasi Shaw telah menjadi salah satu aspek yang positif di sebalik permulaan yang agak lambat dari United untuk kempen musim ini dan dia juga telah dipanggil untuk menyertai skuad England untuk aksi persahabatan akan datang sejak kali terakhir pada Mac 2017.
"Saya fikir kadang-kadang dia kecewa dengan saya kerana dia tahu saya boleh melakukannya dengan lebih baik, dan saya merenung kembali dan mungkin dia betul," kata Shaw mengenai hubungannya dengan Mourinho. 
"Dia berkata dia mahu saya kekal dan itu banyak memberi motivasi kepada saya. 
"[Beberapa tahun kebelakangan ini] Ia sangat sukar. Sudah tentu saya mempunyai dua atau tiga tahun yang kurang bernasib baik. Itu adalah masa lalu, saya hanya memandang ke hadapan. Keyakinan saya sudah kembali. Saya fokus pada masa depan dan akan meningkatkan diri saya sebagai seorang pemain dan sebagai seseorang manusia.
"Saya tidak akan mengatakan saya membuat perubahan besar terhadap pemakanan saya. Saya telah memotong beberapa perkara yang bodoh yang saya lakukan ... anda boleh mengatakan saya mungkin telah berubah dari seorang kanak-kanak kepada seorang lelaki yang dewasa sekarang. 
"Saya berasa sangat bertuah untuk dipilih. Ianya satu perkara yang sangat baik di sekeliling skuad selepas Piala Dunia. Sesi pertama adalah baik dan Saya tidak sabar untuk melalui seminggu yang baik "