Xherdan Shaqiri Menjelaskan Bagaimana Dia Mampu Membantu Liverpool Dan Mengurangkan Beban Roberto Firmino!




Xherdan Shaqiri bersedia membantu Liverpool untuk menangani masalah Roberto Firmino - dan percaya kebolehannya yang versatile akan memberikan kekuatan musim ini.
Shaqiri adalah salah satu daripada bintang yang menyinar di jelajah pra-musim The Reds selepas melengkapkan perpindahan bernilai £ 13.5 juta dari Stoke City pada musim panas ini.
Pemain berusia 26 tahun itu menjaringkan gol yang menarik 'overhead kick' ketika menentang Manchester United dalam perlawanan persahabatan mereka di Michigan dan melakukan assits yang cantik untuk gol Daniel Sturridge dalam perlawanan pemanasan badan terakhir mereka menentang Torino pada Selasa yang lalu.
Shaqiri, yang biasa bermain di posisi sayap ketika berada di Stoke, telah ditugaskan untuk bermain 'central attacking midfield' ketika menentang United, dan terus mencuri perhatian, apabila menang 5-0 ke atas Napoli di Dublin hujung minggu yang lalu, di mana dia bermain pada separuh masa kedua membantu bahagian serangan dengan sangat baik.
Dan pemain antarabangsa Switzerland itu yakin dia akan dapat memberikan apa yang pasukan diperlukan, dengan Klopp enggan merehatkan Firmino pada musim lalu kerana peranannya dalam pasukan yang sangat unik dan penting.
"Saya telah bermain banyak kali dalam posisi ini, saya juga bermain posisi yang sama menentang Man United (di posisi tengah), dan saya boleh bermain di banyak posisi di bahagian serangan," kata Shaqiri.
"Ia juga sesuatu yang positif bagi jurulatih. Dia boleh membuat putaran kadang kala dan jika dia memutuskan untuk memainkan saya di tengah atau kiri atau kanan ia tidak akan menjadi masalah.
"Saya boleh memainkan semua posisi ini dan saya fikir ia positif untuk pasukan apabila anda boleh memainkan banyak posisi."
Shaqiri mungkin akan bermula di bangku simpanan pada hari Ahad ini untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris bagi Liverpool menentang West Ham United di Anfield
Dan dia menyedari kualiti trio serangan Liverpool Mohamed Salah, Sadio Mane dan Firmino yang menjaringkan 91 gol pada musim lalu.
"Ini adalah tahun keempat saya di Liga Perdana Inggeris sekarang jadi saya tahu bagaimana mereka bermain dan seberapa baik mereka," kata Shaqiri.
"Saya melihat mereka berkali-kali. Saya tahu kualiti pasukan ini dan anda dapat melihatnya di atas padang yang saya telah mula bekerja dengan baik bersama mereka dan menyesuaikan diri dengan baik dengan mereka.
"Saya fikir kami mempunyai pasukan yang besar dengan banyak kualiti yang boleh memenangi setiap perlawanan. Itu harus menjadi matlamat kami musim ini - untuk memberi tumpuan kepada setiap perlawanan dan tidak memikirkan apa yang boleh berlaku pada musim sejuk atau musim panas yang akan datang.
"Kami perlu mencuba dan memenangi setiap perlawanan kerana semuanya adalah penting. Matlamat kami adalah untuk mencuba dan memenangi setiap perlawanan. "
Shaqiri adalah antara beberapa pemain Liverpool yang hanya mempunyai cuti yang pendek pada musim panas ini selepas bertugas di Piala Dunia.
Tetapi dia menambah: "Ia adalah rehat yang pendek tetapi kami semua profesional dan kami semua tidak sabar untuk memulakan musim baru juga.
"Musim panas akan datang, kami akan mempunyai lebih banyak cuti kerana tidak ada sebarang kejohanan. Saya fikir ia adalah sempurna untuk kembali bermain sekarang dan menjadi sangat berjaya musim ini. Dan untuk mendapatkan cuti panjang yang selayaknya tahun depan. "