Paul Pogba Tampil Menjelaskan Tentang Situasi Sepakan Penalti Antara Dia Dan Alexis Sanchez!




Paul Pogba telah bertindak untuk menolak sebarang tanggapan buruk tentang dia dan Alexis Sanchez selepas bintang Chile bertengkar kecil dengan kapten Manchester United pada malam itu untuk mengambil sepakan penalti.
The Red Devils memulakan musim baru Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester City hasil jaringan dari Pogba, selepas hanya tiga minit babak pertama bermula, dan kemudian jaringan oleh Luke Shaw.
Tetapi terdapat detik kontroversi dalam perlawanan tersebut selepas Sanchez cuba untuk merebut bola dari Pogba sebelum sepakan penalti, walaupun pemenang Piala Dunia itu menegaskan dia berhak untuk mengambil sepakan tersebut.
Ditanya adakah United mempunyai penendang penalti yang telah ditetapkan oleh Sky Sports, Pogba menjelaskan: "Kami tidak mempunyai satu pun. 
"Walaupun pengurus ada meletakkan nama tetapi ia terpulang tentang apa yang kami rasakan. Saya mengambil keputusan untuk mengambilnya, saya juga mempunyai hak itu.
"Tetapi mungkin dalam perlawanan yang seterusnya saya boleh meninggalkannya untuk Alexis, itu bukan suatu masalah. Bagi saya, ia hanyalah kemenangan yang paling penting."
Pogba mempunyai gerakan tersendiri untuk sepakan penaltinya, dengan mengambil beberapa langkah kecil sebelum akhirnya membuat sepakan, dan dia mengakui ia adalah teknik yang berkesan.
Dia meneruskan: "Yah, itulah gaya saya mengambil sepakan penalti. Saya selalu melakukannya. Ia jauh, saya tahu ia dapat mengganggu penjaga gol, tetapi itulah cara saya mengambilnya. 
"Yang paling penting ialah bola itu masuk, kerana jika anda terlepas peluang seperti ini maka saya tahu apa yang saya akan dengar selepas itu!"