Dengan Kecederaan Kolasinac Dan Monreal Yang Tidak Begitu Cergas, Unai Emery Mahukan Welbeck Mengisi Posisi Pertahanan Kiri!




Unai Emery memberi bayangan yang Danny Welbeck mungkin boleh digunakan sebagai pemain pertahanan kiri untuk menentang Manchester City pada hari Ahad ini. 
Arsenal akan turun tanpa Sead Kolasinac, yang mengalami kecederaan ligamen lutut ketika menentang Chelsea pada awal musim ini, manakala Nacho Monreal hanya kembali menjalani latihan penuh awal minggu ini.
Pemain yang dibawa masuk pada musim panas ini Stephan Lichtsteiner dan pemain muda, Ainsley Maitland Niles, yang juga bermain di posisi pertahanan kiri pada musim lalu, mungkin akan diberikan tugas untuk mengawal pemain sayap City, Riyad Mahrez dan Leroy Sane, tetapi Emery mendedahkan bahawa Welbeck telah muncul sebagai antara pesaing untuk posisi tersebut. 
"Danny mempunyai kemungkinan untuk bermain posisi yang pelbagai- pemain sayap kanan, pemain sayap kiri, penyerang," kata Emery. "Dan, semalam, dia bermain bersama kami di posisi pertahanan kiri. Persembahannya adalah baik!
"Saya suka semangat positif ini untuk membantu. Saya telah berkata kepadanya bahawa saya mahukan prestasi terbaik dalam kerjayanya, dengan kualiti dan data yang lebih baik - gol yang lebih banyak, lebih banyak assist. "
Welbeck, yang kini hanya berbaki setahun pada kontrak semasanya, banyak dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Arsenal pada musim panas ini tetapi tiada sebarang persetujuan dicapai untuk perpindahan tersebut.
Southampton dan Everton adalah kelab Liga Perdana Inggeris yang dikatakan berminat, sementara Besiktas juga dikaitkan dengan pemain antarabangsa England itu yang masih boleh meninggalkan Arsenal sebelum tarikh akhir 31 Ogos ini.