Willian Putuskan Mengenai Masa Depannya Di Chelsea Selepas Bermain Kali Pertama Di Bawah Maurizio Sarri!




Willian sekali lagi menolak dakwaan yang mengatakan dia mahu meninggalkan Chelsea selepas bermain di bawah Maurizio Sarri buat kali pertama pada hari Ahad ini. 
Pemain Brazil itu bermain selama 30 minit dalam kekalahan 2-0 kepada Manchester City dalam perlawanan Community Shield, hanya beberapa hari selepas kembali ke sesi latihan. 
Willian terlepas sesi latihan selama lima hari disebabkan masalah pasport, tetapi ketidakhadirannya itu telah menghangatkan spekulasi mengenai perpindahan keluar pemain berusia 29 tahun itu dari kelab tersebut.
Real Madrid, Barcelona dan Manchester United dilaporkan antara kelab yang berminat untuk mendapatkannya, tetapi Willian menegaskan bahawa dia gembira di Stamford Bridge. 
Dia berkata: "Saya gembira di sini. Saya gembira berada di Chelsea. Saya tidak sabar-sabar untuk bermain dengan baik dan memenangi kejuaraan. "
Chelsea mengalami kekecewaan di Wembley, dengan City menewaskan pemenang Piala FA itu untuk menjulang piala Community Shield.
Sarri kehilangan beberapa bintang utamanya seperti Eden Hazard dan N'Golo Kante, tetapi menggesa para pemainnya untuk kembali meningkatkan usaha mereka selepas tewas mudah kepada City. 
"Pada babak pertama ia tidak terlalu buruk," kata Sarri selepas kekalahan tersebut. 
"Separuh kedua adalah perbezaan dari segi fizikal. Kita perlu bekerja keras. Pra-musim kami tidak begitu menentu jadi kami terpaksa bekerja keras.
"Saya tidak mahu bercakap hanya mengenai bahagian pertahanan pasukan, bukan hanya pertahanan. Kami perlu memperbaiki semua bahagian untuk menjadikan pemain pertahanan kurang sibuk."
Chelsea memulakan kempen Liga Perdana mereka dengan bertandang ke Huddersfield pada hari Sabtu, dan Sarri harus melengkapkan semua urusan perpindahannya pada hari khamis ini. 
Jendela perpindahan pemain akan tutup sebelum permulaan musim ini, dan Chelsea setakat ini hanya membawa masuk satu pemain bintang pada musim panas ini.