Jose Mourinho Beri Amaran United Bakal Lalui Musim Yang Sukar Jika Mereka Gagal Membuat Sebarang Pembelian Lagi!




Jose Mourinho meramalkan Manchester United berada dalam 'musim yang sukar' jika kelab itu tidak membawa masuk lagi pemain sebelum tamat jendela perpindahan musim panas ini. 
United mengalami kekalahan 1-0 kepada Bayern Munich dalam perlawanan pra-musim terakhir mereka, dengan pemain bimbingan Jose Mourinho gagal mencatat sebarang percubaan tepat ke arah gol daam tempoh 90 minit perlawanan. 
Bayern menghabiskan banyak masa bermain di kawasan United, dan Mourinho kembali menyatakan keprihatinannya tentang kualiti yang ada pada skuadnya.
Liverpool telah menjadi pelabur terbesar di Liga Perdana Inggeris pada musim panas ini, dan Mourinho memberi amaran kepada naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward mengenai kekurangan aktiviti perpindahan kelab musim panas ini. 
"Ketua Pegawai Eksekutif saya tahu apa yang saya mahukan dan saya masih mempunyai beberapa hari untuk menunggu dan melihat apa yang akan berlaku," kata Mourinho di MUTV. 
"Kelab lain yang bersaing dengan kami sangat kuat dan sudahpun mempunyai pasukan yang hebat. Atau mereka melabur secara besar-besaran seperti Liverpool, yang membeli segala-galanya dan semua orang.
"Jika kita tidak membuat pasukan kita lebih baik, ia akan menjadi musim yang sangat sukar."
United telah membuat tiga pembelian sepanjang musim panas ini, dengan membawa masuk pemain tengah bernilai £ 47 juta Fred, pemain pertahanan Diogo Dalot dan penjaga gol Lee Grant. 
Liverpool melalui jendela perpindahan yang jauh lebih produktif, dengan menandatangani Naby Keita, Fabinho, Alisson dan Xherdan Shaqiri dengan jumlah keseluruhan bernilai £ 170 juta.