Wayne Rooney Mendedahkan Satu-satunya Cara Untuk Manchester United Menyaingi Manchester City Musim Ini!




Wayne Rooney percaya Manchester United perlu melengkapkan dua lagi pembelian berkualiti jika mereka mahu menyaingi Manchester City dengan lebih baik musim ini. 
City menguasai saingan Liga Perdana Inggeris musim lalu ketika mereka menamatkan saingan dengan mendahului 19 mata di hadapan United di tempat kedua dan juga memenangi Piala Carabao dengan kemenangan 3-0 ke atas Arsenal di Stadium Wembley.
Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu mungkin akan sekali lagi menjadi pasukan yang sukar untuk ditewaskan musim ini tetapi pemain legenda The Red Devils Rooney percaya anak buah Jose Mourinho akan mampu menyaingi Manchester City musim ini jika mereka membawa dua lagi pemain yang berkualiti ke dalam pasukan tersebut.
Laporan mengatakan United masih kekal mengintai pemain pertahanan Tottenham Toby Alderweireld, penyerang Barcelona Ousmane Dembele, pemain pertahanan Leicester, Harry Maguire dan Sergej Milinkovic-Savic dari Lazio tetapi mereka kesuntukan masa dengan jendela perpindahan musim panas ini akan tutup esok.
"Saya harap seseorang akan dapat mengejar mereka - ia akan menjadi baik, jadi diharapkan Manchester United boleh lakukannya. Saya fikir mungkin dengan menandatangani satu atau dua lagi pemain," kata Rooney kepada Sky Sports.
"Saya pasti Jose [Mourinho] telah mempunyai pasukan yang baik. Saya tahu sudah banyak yang bercakap mengenai pra-musim di akhbar tetapi saya pasti di belakang tabir, Jose telah memberi mereka jumlah latihan yang cukup. "
The Red Devils akan memulakan kempen Liga Perdana mereka pada hari Jumaat di Old Trafford di mana mereka akan melayan kunjungan Leicester City.
City akan memulakan kempen untuk mempertahankan kejuaraan mereka pada hari Ahad dengan menentang pasukan bimbingan Unai Emery  Arsenal di Emirates. 
Rooney meninggalkan United pada tahun lalu selepas 13 tahun yang menakjubkan dengan kelab tersebut di mana dia berjaya menjaringkan 253 gol dalam 559 penampilan dan mengalahkan rekod Sir Bobby Charlton sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang masa kelab itu. 
Pemain berusia 32 tahun itu kembali bermain untuk kelab lamanya Everton musim lepas dan baru-baru ini berpindah ke MLS di mana dia menyertai D.C. United.