Lucas Torreira Mendedahkan Mengapa Dia Memilih Untuk Menggunakan Baju Bernombor 11!




Lucas Torreira mendedahkan bahawa dia memilih baju bernombor 11 di Arsenal untuk duduk berdekatan Mesut Ozil di bilik persalinan. 
Pemain Uruguay yang berusia 22 tahun itu telah melengkapkan perpindahan bernilai £ 27 juta dari Sampdoria selepas beraksi di Piala Dunia tetapi belum membuat penampilan pertamanya untuk The Gunners dalam mana-mana perlawanan pra-musim. 
Bagaimanapun, Torreira telahpun menjalani latihan di London Colney menjelang pertembungan Arsenal menentang Lazio dan Unai Emery telah[un mengesahkan bahawa pemain tengah itu akan tampil di Stockholm pada hari Sabtu ini.
Torreira telah memilih baju bernombor 11 di Emirates selepas Mesut Ozil mengambil alih baju bernombor 10 dari Jack Wilshere dan pemain tengahnya itu telah mendedahkan alasan di sebalik pilihannya mengenai nombor baju itu. 
"Saya mahu memilih nombor 34 tetapi telah diambil oleh [Granit] Xhaka," katanya kepada Sport 890.
"Saya memilih nombor 11 kerana ia adalah hari ulang tahun saya dan saya akan berpeluang duduk di sebelah Mesut Ozil di bilik persalinan. 
"Ia adalah luar biasa apabila anda pergi ke bilik persalinan dan melihat loker anda bersebelahan dengan Mesut Ozil yang merupakan Juara Dunia dan pemain dengan kerjaya yang hebat."
Bercakap dalam persidangan sebelum perlawanan pramusim Arsenal dengan Lazio, Emery berkata: "Pada masa ini saya sangat gembira dengan pemain yang ada bersama dengan kami. 
"Terdapat lebih banyak lagi yang akan datang; Nacho Monreal, Lucas [Torreira] dan [Granit] Xhaka akan mula bermain beberapa minit pada hari Sabtu ini."
Aaron Ramsey tidak bermain dalam kemenangan Arsenal kepada Chelsea pada hari Rabu lalu dan Emery mendedahkan bahawa bintang Wales itu mengalami kecederaan otot menjelang perlawanan tersebut. 
"Aaron Ramsey telah mengalami sedikit kesakitan pada ototnya dan kami memutuskan untuk tidak menurunkannya kerana ia mungkin berisiko besar untuknya," kata Emery berikutan kemenangan Arsenal menerusi sepakan penalti.
"Saya sedang menunggu analisis perubatan dan saya fikir ia bukan masalah yang besar. 
"Kolasinac mungkin berbeza. Ia adalah kakinya. Untuk itu, kami sedang menunggu imbasan untuk mengetahui lebih lagi mengenai kecederaan itu."