Jurgen Klopp Mengkritik Persembahan Dua Pemainnya Dalam Aksi Liverpool Menewaskan Crystal Palace!




Jurgen Klopp mengkritik prestasi dua orang pemain pertahanannya selepas menang 2-0 ke atas Crystal Palace pada hari Isnin.
James Milner menjaringkan gol pendahuluan buat Liverpool menerusi sepakan penalti kontroversi pada separuh masa pertama selepas Mohamed Salah dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Mamadou Sakho.
Pasukan The Eagles bimbingan Roy Hodgson terus berusaha melancarkan serangan bagi menyamakan kedudukan di separuh masa kedua tetapi Sadio Mane berjaya memastikan Liverpool kembali ke Anfield dengan tiga mata penuh menerusi jaringan di masa kecederaan.
Sebelum itu, pemain muda pertahanan Crystal Palace, Aaron Wan-Bissaka telah dilayangkan kad merah selepas menjatuhkan Mohamed Salah dengan sengaja selepas penyerang itu berpeluang untuk menjaringkan gol.
Walaupun Liverpool beroleh kemenangan, Klopp mengatakan bahawa prestasi pasukannya tidak begitu cemerlang dan pengurus Jerman itu mengakui bahawa dia menjangkakan lebih lagi daripada pemain pertahanan kiri dan kanan Andrew Robertson dan Trent Alexander-Arnold.
"Ia bukanlah satu persembahan yang cemerlang - pertahanan kiri kanan kami boleh bermain dengan 70 atau 80% lebih baik - tetapi saya sangat gembira dengan keputusannya," kata Klopp kepada Sky Sports.
"Palace memainkan sistem yang mereka gunakan selama ini dengan pemain yang berkualiti tinggi. Mereka adalah pasukan bola sepak yang sangat baik dengan perancangan yang mudah tetapi jelas.
"Mereka cuba mengundang masalah buat kami menerusi hantaran-hantaran bola tinggi. Saya tidak mengetahui banyak pemain pertahanan tengah yang boleh mengawal Christian Benteke sepertimana Virgil van Dijk malam ini
"Sukar untuk kita selamat sepenuhnya dalam keadaan ini tetapi kami berada di sana dan kami membantu satu sama lain untuk mengelakkan masalah besar."
Membincangkan mengenai peluang Liverpool yang merampas kejuaraan Liga Perdana dari juara bertahan Manchester City, Klopp menambah: "Ia sangat awal. Saya tidak mempedulikan tentang itu.
"Kami tidak berlumba dengan mana-mana pasukan Liga Perdana lain setiap hujung minggu. Saya tidak 100% yakin malam ini pada babak pertama yang kami akan dapat menjaringkan gol.
"Anda perlu bermain seperti biasa apabila masanya tiba dan menjadi pencabar sebenar, bermain dengan buruk, lakukan semua perkara seperti itu. Sasaran kami adalah untuk menjadi lawan yang sukar.
"Ianya terlalu kuat untuk mengatakan apa-apa selepas dua perlawanan. Anda boleh membincangkan apa sahaja yang anda mahukan - lakukan saja tanpa libatkan kami. "
Sementara itu, Hodgson mengkritik keputusan pengadil untuk memberi sepakan penalti kepada Liverpool pada babak pertama.
"Saya fikir kami menekan mereka dengan sangat baik," kata bekas pengurus England. "Kita sepatutnya masuk rehat separuh masa dengan keputusan 0-0 dan sudah tentu separuh kedua pasti akan lebih sukar.
"Kami memberikan mereka cukup masalah dan kami boleh menganggap diri kami kurang bernasib baik selepas kalah 2-0.
"Apa yang orang jangkakan bakal saya katakan mengenai keputusan itu? Tidak ada gunanya membincangkannya. Sakho adalah seorang pertahanan dan dia harus cuba dan mempertahankan bola, yang saya fikir dia melakukannya dengan baik.
"Pada akhir permainan Van Dijk jelas menjatuhkan Max Meyer dan kami tidak mendapat sebarang penalti. Kami tidak bernasib baik dengan keputusan pengadil. Saya lebih berminat dengan fakta yang kami bermain dengan baik."