Ruben Loftus-Cheek Menolak Perpindahan Secara Pinjaman Ke Schalke Untuk Merebut Tempat Di Chelsea!




Ruben Loftus-Cheek bersedia menolak peluang untuk menyertai Schalke secara pinjaman kerana dia mahu bersaing bagi mendapat tempat di Chelsea, menurut laporan. 
Pemain berusia 22 tahun itu cemerlang dalam proses pinjamannya  musim lalu di Crystal Palace dan memberi amaran kepada Chelsea pada musim panas ini bahawa dia akan mempertimbangkan untuk meninggalkan Stamford Bridge sekali lagi jika dia tidak dapat mendapatkan peluang bermain yang lebih kerap musim ini.
Menurut Daily Telegraph, Schalke berminat untuk menandatangani Loftus-Cheek secara pinjaman dengan kelab Bundesliga itu mahu memperkuat pilihan di bahagian tengah mereka. 
Tetapi Loftus-Cheek telah memutuskan untuk kekal di Chelsea dan berniat untuk meyakinkan Maurizio Sarri bahawa dia layak untuk mendapat tempat dalam trio tengah pasukan The Blues. 
Peluang Loftus-Cheek untuk mendapatkan lebih banyak masa bermain di atas padang juga meningkat dengan Tiemoue Bakayoko telah berpindah ke AC Milan secara pinjaman musim ini.
Pemain antarabangsa England itu dimasukkan melalui bangku simpanan dalam kemenangan 3-0 Sabtu lalu ke atas Huddersfield Town dengan menggantikan Ross Barkley pada babak kedua perlawanan. 
Loftus-Cheek masih kekal dalam persaingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Chelsea untuk melayan kunjungan Arsenal ke Stamford Bridge pada sabtu ini.
Tetapi Sarri juga mungkin akan memberikan peluang kepada Mateo Kovacic untuk membuat debut Liga Perdana Inggerisnya selepas ketibaan bintang Croatia itu secara pinjaman dari Real Madrid minggu lepas. 
Chelsea juga dijangka akan tampil tanpa kelibat Cesc Fabregas, yang mengalami kecederaan lutut dan tidak berlatih pada hari Isnin.