Danny Ings Dalam Usaha Melengkapkan Perpindahan Secara Pinjaman Ke Southampton...




Danny Ings kesuntukan masa untuk melengkapkan perpindahannya secara pinjaman sepanjang musim dari Liverpool ke Southampton.
The Saints menunggu sehingga detik terakhir jendela perpindahan sebelum akhirnya mencapai persetujuan dengan The Reds sebelum jendela perpindahan ditutup pada pukul 5 petang.
Dengan lembaran perjanjian telah dikemukakan kepada Liga Perdana, mereka mempunyai masa sehingga 7 malam untuk menyelesaikan semua kertas kerja yang berkaitan.
Ings, yang terlepas sesi latihan di Melwood, selepas diberi kebenaran untuk pergi ke pantai selatan dan jika mereka dapat mengejar masa maka dia akan menghabiskan kempen 2018/19 bersama skuad bimbingan Mark Hughes.
Ia merupakan perjanjian pinjaman jangka panjang dengan berpotensi untuk perpindahan secara tetap musim hadapan.
Liverpool mahukan bayaran sebanyak £ 20 juta untuk Ings tetapi dengan tiadanya tawaran yang sesuai yang mereka terima maka mereka memutuskan untuk melepaskan Ings secara pinjaman.
Ings memberitahu Jurgen Klopp pada awal musim panas ini bahawa dia mahukan perpindahan keluar bagi mendapatkan peluang bermain yang lebih banyak.
Tempoh tiga tahun dia berada di Anfield telah dijejaskan oleh dua kecederaan lutut yang serius dan dia akan menghabiskan satu musim lagi jauh dari pasukan bimbinga Jurgen Klopp.