Arsenal Sedia Lepaskan Danny Welbeck!




Arsenal sedang mendengar beberapa tawaran akhir untuk Danny Welbeck dengan Everton, Bournemouth dan Southampton bersedia untuk membuat bidaan akhir untuk penyerang tersebut. 
Menurut The Evening Standard, Welbeck, yang mempunyai satu tahun lagi baki dalam kontrak semasanya, telah menarik minat dari trio Liga Perdana itu serta pasukan dari liga Turki Besiktas. 
Pengurus baru The Gunners, Unai Emery dilaporkan memberitahu Welbeck bahawa dia tidak bercadang untuk memberi peluang dalam kesebelasan utama untuk dia dan dengan pemberian kontrak baru untuk Alex Iwobi juga adalah satu lagi petunjuk bahawa bekas pemain Manchester United itu akan mengalami kesukaran untuk merebut tempat dalam pasukan The Gunners.
Welbeck nampaknya lebih memilih untuk kekal di England dan Arsenal perlu menjualnya selepas menghabiskan sejumlah £ 70 juta pada musim panas ini. 
The Gunners telah menandatangani pemain seperti Sokratis Papastathopoulos, Bernd Leno, Stephan Lichtsteiner, Lucas Torreira dan Matteo Guendouzi. 
Welbeck juga menerima gaji sebanyak £ 115,000 seminggu dan Emery akan terdesak untuk mengurangkan kos perbelanjaan kelab tersebut.
Lucas Perez berpindah ke West Ham pada hari akhir jendela perpindahan dengan nilai £ 4 juta selepas melalui satu tahun secara pinjaman bersama bekas kelabnya, Deportivo La Coruna.
Jack Wilshere juga menyertai pasukan The Hammers secara percuma selepas kontraknya tamat dan pemain-pemain seperti Santi Cazorla, Chuba Akpom dan Matt Macey masing-masing berpindah ke Villarreal, PAOK dan Plymouth Argyle. 
Welbeck dilaporkan telah kembali ke sesi latihan pra-musim pada hari Isnin lalu dan dengan kepulangannya yang lewat mungkin menunjukkan bahawa dia tidak akan bersedia untuk perlawanan pembukaan Liga Perdana bagi pasukan Arsenal musim ini dengan menentang juara bertahan Manchester City di Emirates pada hari Ahad.