Allison Akui Tidak Akan Mengubah Cara Permainannya Meskipun Berisiko Melakukan Kesilapan!




Alisson menegaskan bahawa dia tidak akan mengubah cara permainannya walaupun mengakui kesilapan boleh berlaku apabila dia bermain dengan bola di kakinya. 
Peminat Liverpool menarik nafas panjang apabila Alisson mencungkil bola melepasi Anthony Knockaert dalam kemenangan 1-0 ke atas Brighton pada hari Sabtu baru-baru ini, tetapi kemahiran itu juga hampir mengundang padah dan tindakan yang sangat berbahaya.
Alisson dikenali kerana keupayaannya dalam membantu penguasaan bola dan melihat gaya permainan Liverpool menunjukkan The Reds sering membina permainan dari belakang ke depan.
Peminat Liverpool mengetahui dengan baik tentang bahaya permainan seperti itu selepas melihat kebanyakan penjaga gol gagal untuk menyesuaikan diri, tetapi Alisson tidak ambil kisah tentang potensi dia membuat kesilapan. 
"Saya berusaha sebaik mungkin untuk membantu pasukan dalam pembentukannya. Sekiranya ada keadaan di mana ada dribbling, saya melakukannya dengan teliti, "kata Alisson. 
"Ia mungkin terlalu berisiko, tetapi ia adalah sebahagian daripada permainan, kami adalah pasukan yang bermain dari belakang dengan bola di atas padang.
"Itu adalah sebahagian daripada ciri-ciri pasukan. Kesilapan mungkin berlaku, tetapi kami bekerja keras sepanjang minggu untuk melakukan semuanya dengan betul semasa perlawanan. "
Liverpool memutuskan untuk mengeluarkan dana £ 67 juta untuk Alisson dengan melihat penjaga gol itu tidak melakukan sebarang kesilapan di Serie A musim lepas yang mengundang kepada gol untuk pasukannya.
Alisson telah membuat 'clean-sheet' dalam tiga perlawanan pertamanya dan penyokong Liverpool berasa sangat gembira kerana kelab akhirnya menjumpai penjaga gol yang boleh dipercayai.
The Reds tidak mengalami kekalahan setakat musim ini dan berada di tangga pertama Liga Perdana Inggeris selepas tiga perlawanan, dan Alisson menjelaskan bahawa kejayaan awal pasukannya adalah atas kerja berpasukan. 
"Harapnya saya akan terus membantu pasukan, kerana ini adalah kerja berpasukan. Saya mempunyai sumbangan saya, tetapi saya bukan bertanggungjawab sepenuhnya untuk mendapatkan 'clean-sheet', "katanya.
"Jika kita tidak melepaskan sebarang gol maka kita akan hampir untuk menang kerana bahagian serangan kita sangat hebat. 
"Saya sangat selesa berada di kelab ini dengan persekitaran yang hebat, dengan semua orang mendorong ke arah yang sama untuk menang. 
"Kami telah menunjukkan apa yang kami mampu dan semoga kami dapat meneruskan rentak ini. Liga Perdana Inggeris adalah sangat sukar dan sangat kompetitif."