Penjelasan Klopp Mengapa Dia Kekal Menggunakan Wijnaldum Dalam Pasukan The Reds!




Pengurus Liverpool Jurgen Klopp menjelaskan mengapa dia kekal memberi kepercayaan kepada Georginio Wijnaldum di awal musim ini, meskipun telah menambah Fabinho ke dalam skuadnya yang menelan kos £ 40 juta.
Bintang Brazil itu tidak disenaraikan dalam skuad Liverpool untuk dua perlawanan berturut-turut pada hari sabtu dengan Wijnaldum bermain selama 90 minit perlawanan di mana Liverpool berjaya menewaskan Brighton dengan jaringan 1-0.
Ramai orang berpendapat dengan ketibaan Fabinho dan Naby Keita akan menyebabkan Wijnaldum kehilangan tempat dalam pasukan, tetapi Klopp mengatakan bahawa kelebihan serba boleh bintang Belanda itu menjadikan dia pemain yang sukar untuk disisihkan.
"Gini boleh beralih dari satu posisi ke satu posisi dan ia sangat baik untuk kita," kata Klopp. "Jika anda bertanya kepada saya bahawa dia bermain dengan sangat baik di posisi no.8, dia pemain yang baik di posisi no.6 dan sangat baik juga di posisi no.8. Itulah sebabnya kami tidak pernah ada keraguan tentang dia. Dia boleh bermain kedua-dua posisi.
"Ia jelas bahawa bukan kebiasaan untuk dia bermain di posisi no.6. Tetapi dia bekerja keras dan bermain dengan sangat baik. Dia seorang pemain bola sepak yang hebat, tetapi ianya penting untuk anda mempunyai kemahiran yang membolehkan anda untuk menenangkan diri anda sendiri di posisi yang berbeza.
"Dalam posisi ini(no.6), ia adalah penting untuk anda tidak mengikuti bola atau membuat sebarang larian dari belakang pemain apabila kita mempunyai pemain yang cukup untuk melakukan semua itu. Kita memerlukan beberapa pemain yang munasabah di atas padang, jika anda mahu, Gini telahpun menunjukkan bahawa dia boleh bermain di kedua-dua posisi (6 dan 8).
Wijnaldum telahpun membuat 51 penampilan untuk Liverpool musim lepas, termasuk 14 penampilan di Liga Juara-juara dalam perjalanan mereka menuju ke perlawanan akhir.