Zlatan Ibrahimovic Berharap Pogba Akan Dapat Membawa Prestasi Cemerlangnya Di Piala Dunia Bersama United!




Zlatan Ibrahimovic percaya Paul Pogba mampu menutup mulut setiap pengkritiknya selepas berjaya membantu Perancis memenangi Piala Dunia. 
Pemain tengah Manchester United itu telah menghadapi kritikan dalam tempoh 12 bulan terakhir ini, dengan Jose Mourinho sering menuding jari kepada pemain bintangnya itu pada musim lalu.
Tetapi Pogba yang beraksi di Piala Dunia mendapat banyak pujian, dan peminat United berharap pemain berusia 25 tahun itu akan dapat membawa prestasi cemerlangnya bersama pasukan antarabangsa dalam musim baru ini bersama kelab.
Ibrahimovic bermain bersama Pogba semasa dia berada di United dan meramalkan bahawa bekas rakan sepasukannya itu hanya akan menjadi lebih baik. 
"Saya bermain dengannya selama dua tahun dan orang suka memberikan pendapat mereka, yang mana mereka mempunyai hak untuk melakukannya," kata Ibrahimovic. 
"Mereka menilai tetapi saya fikir hasilnya akan menunjukkan segala-galanya. Anda tidak perlu menjawab dengan mulut anda, anda boleh menjawab dengan kaki anda, dan lakukan apa yang terbaik dari anda.
"Itulah cara yang sepatutnya dan cara saya suka melakukannya. Dia masih muda. Dia berjaya memenangi Piala Dunia, dia pernah berada di pentas akhir Liga Juara-Juara, perlawanan akhir Liga Europa, perlawanan akhir Eropa - dan dia telah memenangi banyak kejuaraan di Juventus. 
"Apa lagi yang boleh dikatakan? Cuma menikmati permainan dan saya tahu dia akan menjadi lebih baik. 
"Pogba kini akan diberi cuti tambahan sebelum kembali bersama dengan rakan sepasukannya.
The Red Devils kini berada di Amerika untuk menjalani jelajah pramusim mereka yang akan melihat United bertemu dengan Liverpool dan Real Madrid. 
United terpaksa meninggalkan Alexis Sanchez di Manchester selepas bintang Chile itu mengalami masalah visa.