Reaksi Jurgen Klopp Mengenai Peluang Liverpool Menandatangani Christian Pulisic!




Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui yang dia 'suka' Christian Pulisic tetapi mengatakan kontrak pemain sayap itu di Dortmund adalah 'masalah'nya. 
The Reds telah banyak dikaitkan dengan bintang muda Amerika itu sejak perpindahan Klopp ke Anfield memandangkan pengurus Jerman itu banyak membantu pemain berusia 19 tahun itu untuk meningkat naik di Dortmund.
Liverpool telahpun menghabiskan sebanyak £ 170 juta pada musim panas ini untuk mendapatkan Alisson, Naby Keita, Fabinho dan Xherdan Shaqiri tetapi perpindahan bernilai £ 140 juta Philippe Coutinho ke Barcelona pada Januari yang lalu telah menutupi sebahagian besar dari kos tersebut. 
Klopp telahpun berputus asa untuk menandatangani bintang Lyon Nabil Fekir tetapi kelihatannya seperti Pulisic bukanlah alternatif yang realistik.
"Saya suka dia. Tetapi dia mempunyai kontrak di BVB bukan? Itulah masalah pertama, "kata Klopp. 
"Saya tahu orang sangat memandang tinggi terhadap dia. Jika dia mahu bermain di England suatu hari nanti, dia akan mempunyai peluang untuk melakukannya. Tetapi dia mempunyai kelab yang sangat baik sekarang."
Liverpool telah tiba di Charlotte, North Carolina hari ini untuk jelajah pertama mereka ke Amerika Syarikat. 
The Reds akan menentang Dortmund pada hari ahad ini, yang telah mengalahkan Manchester City 1-0 di Chicago pada hari Jumaat.
Danny Ings tidak terlibat bersama skuad The Reds yang lain selepas mengalami kecederaan semasa latihan.